Tuesday, April 14, 2009

Nasi Beriani Sempena Besday Hubby

Ni masakan hari Ahad kelmarin...sekali lah dengan lauk ayam dan dalca tu...semua resepi dari Kak Hanieliza ku cayaaannggg, thanks a lot Kak Liza!!...Ummi masak ni sorang-sorang je sempena besday hubby pada hari tu dan panggil family adik Ummi datang makan petang tu sebab pagi tu Ummi bz gak ada adik perempuan hubby datang ada urusan sikit...Dia x tunggu makan sekali dah..Ummi pun masak lewat petang sikit sebab semua orang kenyang tibaii fettuccine dan Ummi bakar 2 biji kek dulu sebelum mula masak semua nih, hehe...kiranya ni makan petang sekali tuk dinner laa..hehe..kitaorang makan lepas maghrib gitu..Ampun kak Liza..nak kopipes jugak resepi yaa..Ummi masak half dari resepi asal ni..
Bahan:-
  • 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
  • 2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
  • 2 biji buah tomato [potong dadu]
  • 3 biji cili merah [potong 2]
  • 3 biji cili hijau [potong 2]
  • 100 gm daun pudina ]
  • 100 gm daun sup ] potong kasar]
  • 100 gm daun ketumbar ]
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 s/b minyak
  • 4 s/b minyak sapi
  • kismis
  • garam
  • 1 s/b pewarna kuning [bancuh ngan sedikit air]

Bahan tumis:-

  • 5 ulas bawang merah ]
  • 3 ulas bawang putih ] hiriskan
  • 2 cm halia ]
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker pot.
  2. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah yg dibancuh dan kacau. Masakkan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan daun yg dipotong kasar dan cili merah & cili hijau.
  5. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendideh sekejap.
  6. Masukkan beras dan alihkan periuk dalam rice cooker.
  7. Bila dah nasi kering, titikan pewarna kuning dan biarkan kering lagi.
  8. Bila telah kering gemburkan nasi perlahan supaya beras tak patah.

2 comments:

ain said...

tengok je dah buat saya laparrr!!!

Ummu Aqil said...

Happy Belated besday tuk hubby akak...