Tuesday, April 7, 2009

Kek Pisang Sempoi

Ni je lah yang tinggal dan sempat di snap masa potong kat rumah adik di Gombak baru-baru ni. Akak bakar kek ni pagi Sabtu...memang sempoiii tapi lembut, moist dan sedap laaaa...x caya try la..naik gebuuss sekali masa bakar...Resepi dari Sofinar@MyR tu...senang pulak nak buat tu..campur je semua, mix sekaligus...haha...ni yang akak suka...cepat dan sedap! Recommended!!
Bahan:-
  • 150 gm pisang emas (Ummi letak 6 biji pisang emas kecil) - lecek
  • 180 gm tepung gandum
  • 180 gm gula perang/gula castor
  • 3 biji telor
  • 120 ml minyak masak
  • 1 st ovalette
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
  • secubit garam

Cara-Cara:-

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
  2. Putar dengan mixer hingga sebati dan nampak putih.
  3. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 40 - 45 minit.

(*Pastikan adunan memenuhi separuh loyang sahaja, kerana kek akan naik hampir sekali ganda lagi)

4 comments:

Mother of Two said...

mmg favourite sy kek pisang nie.. tp susah skit nak dpt kat sini...nak buat sendiri... makan tahun hiksss:)~

Ummu Aqil said...

hehehe...mujur semalam dah mkn kek pisang...kalu idop mau terlliur gak nih...

syazwaniadnan said...

yaaaa betulll..
highly recommended!!
mmg gebus, moist, jimat masa nk mengadun, n tiada expiry date! skali makan pasti nk lagi! hehe :D

resipi ni dh jadi fav wani n family.
especially mama. kalau die request cake pisang, mmg terus je guna resipi kek pisang sempoi ni. walllllaaa~ ^__^

amoza said...

Hai Kak Ummi, semalam Mona dah cuba resepi nie, memang senang nak buat dan yg pastinya kek tu memang sedap, sampai anak2 Mona tak percaya bila masa pulak mamanya baking sebiji kek pisang yg enak lagi gebu.... hehehe....