Thursday, April 16, 2009

Kek Pisang Bercoklat

Satu lagi kek kegemaran hubby...ni pun Ummi buat masa besday hubby, x sempat jugak nak letak entry awal2 dengan nasi beriani hari tu..x cukup masa jek...so jamu mata je la ya..Kek yang sangat lembut, lembab dan ceedaaappp..mmg x nyesal buat ni, hubby makan banyak dan Najiha pun suka sangat...Resepi Nor67@MyR tu..thanks Nor..akak nak kopipes je le yaa..

Bahan-bahan:- (akak guna loyang 8"x8")
  • 250gm mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A (akak guna gred B je)
  • 1 cawan pisang yg dilecek (akak lebihkan 1 1/4 cawan)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit. (*Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup).

2 comments:

ain said...

belum pernah try buat kek pisang letak coklat. boleh le try nanti.

::Umiliya6677:: said...

assalamualaikum..salam kenalan..ermm best nyer kek ni..umi nak copy paste yer..tq