Tuesday, April 14, 2009

Permintaan Khas Hana - Resepi Ikan Patin Tempoyak Dengan Timun Taun

Ok akak baru je duk YM dengan Hana dan ingin menunaikan permintaan khas dia yang baru balik semula ke Jepun tu untuk resepi ikan patin tempoyak yang ditibaiinya kat rumah akak hari tu..Hari tu akak masak, tak sempat pun amik gambar ikan patin tu..tapi budak Hana ni ada snap gambar dan mintak akak letak kat blog akak jugak..So akak copy gambar ni dan letak resepi sekali atas permintaan dia jugak laa..Kalau xda or x gemar ikan patin boleh jugak guna ikan kembung or tenggiri..tapi mungkin x kick cam ikan patin la kot..hehe..Ni xda rahsia dah, akak bg belaka..pandai-pandai la adjust rasanya. Ok Hana, selamat mencuba ya cayanggg...muaahhh!
Bahan:- (8 - 10 orang)
  • 2 ekor ikan patin - elok yang sungai punya (saiz sedang)
  • 12 - 14 tangkai cili padi - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 cawan tempoyak (akak guna 1 cawan tempoyak agak lama (masam sikit) & 1 cawan tempoyak baru sikit, kalau tempoyak baru semua, kena letak 1-2 kpg asam gelugor)
  • 1/2 batang timun taun (timun tua yang berwarna coklat gitu)
  • 8 - 10 tangkai daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 2 cawan air untuk kuah secukupnya (jangan terlalu cair)
  • garam secukup rasa
  • gula (optional) - kalau terpedas sangatlah

Cara Memasak:-

  1. Ikan dipotong dan dibersihkan. Kemudian diperap dengan garam dan limau nipis lebih kurang 20 - 30 minit. Bersihkan semula dan toskan.
  2. Timun dibelah dua dan dibuang biji tengahnya dan potong 1/2 inci tebal. Bersihkan dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan tempoyak dengan 1/2 cawan air dulu ke dalam periuk. Renehkan sebentar agar cili benar-benar masak.
  4. Bila telah mendidih, masukkan air untuk kuahnya beserta timun taun.
  5. Biarkan timun masak bersama tempoyak dahulu hingga 3/4 lembut dengan api sederhana perlahan. (timun ni agak keras jugak)
  6. Kemudian masukkan bungan kantan dan daun kesum. Biar sebentar biar kantan lembut.
  7. Masukkan ikan patin dan kacau sesekali sahaja. (ikan patin cepat masak dan mudah hancur jika selalu dikacau). Boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat. Biarkan mereneh dan letak garam secukup rasa.

8 comments:

hana said...

caaaaaaaaaayanggg akak!! kihkihkihkih........ heeee.....

Ummi said...

Hehe...yo la tuuuu..haa, ko nak wat ikan apa tu Hana? Ikan salmon ke? Hehe..

Ummu Aqil said...

wah dasyat penangan mak yung....huhuhuhuuu...

ain said...

memang nmpak sedap!

LaN KidA said...

Salam,
Ikan patin masak tempoyak dengan timun tua...dengan batang keladi pun best jugak...perghh...meleleh air liur beb... Paris Hilton lalu belakang pun gerenti tak sedar beb.

Tapi apa pun, ikan patin ni kalau pekena kat Temerloh, Pahang jugak best...Bandar Ikan Patin. Kalau pekena kat tempat lain..feeling dia takde..haha. Dan kalau nak terkena kat Temerloh makan patin ni, makanlah kat Z Rahmah...gerenti kena RM4-500 makan 4 orang... selamat mencuba.

hana said...

jgn tak tau yer! k.ummi org temerloh! mmg pure ikan patin tempoyak dier! hihihi... peaceeee k.ummii! ;)

Raja Radiah said...

mak oiii...cedapnya...sejak kawen ngan hubby yang tak suka makan ikan ni...ikan patin masak tempoyak pun radiah dah tak reti nak masak...at least ada resepi kat sini, boleh lah buat nanti...

ummi said...

Aishah - aah mmg dassaaatt budak Hana tu..hehe..duk termimpi2 lagi makan ikan patin tu..hehe

Ain - cuba dulu baru leh kata sedap..ikut tekak memasing gak laa..hehe

Lan - wkumsalam..hehe..lama x nampak, sesekali jenguk cuci mata ya..aah, kalau letak keladi or belimbing pun best jugak ikan tu..Amboiihh sampai Paris Hilton lalu x nmpak eh..hehe.kalu dia duk sebelah Lan, harus x nampak SK lak kang...wakakaa..Ya la, kat Rest. Z Rahmah tu mmg Ummi x mampu laa nak duk makan situ..dgr citer mahaii giler..tp dah guna ikan yg dari kuala Jerantut tu mmg laa..ikan patin dari situ mahal katanya..lg sedap..adeh tunggu la sape2 nak belanja Ummi ni..hehe..

Hana - Aah laa..orang Pahang la kiranya..Maunya idak..dah masakan ikan tu duk lalu tekak dari kecik2 lagi..hehe

Raja Radiah - O siannya, sampai dah lupakan ikan kegemaran ya..dasaat gak tu..tak teringin ke nak masak semula..kaw, kaw camni..tolong suapkan..Akak pun dulu ada budak lelaki kat ofis ni x makan ikan patin tempoyak ni, maklum orang duk tepi laut..pastu akak ajak dan ajar dia makan..Ha, skrg ni pantang jumpa, pantang diajak, pantang dijemput..hehe