Thursday, April 30, 2009

Tempe Bilis Bersira

Recently, Najwa was back home again during her "study leave" for a week before sitting for her 2nd Sem Exam..As requested, I made this tempe bilis...mmg favourite dia...Sampai sana, dia makan dengan nasi dan sms Ummi, "mak sedapnyaaaa..thanks ya mak"...Emm, xtau laa..tp Ummi pun suka ni, so banyak gak buat...pedas-pedas manis gitu..letak bawang goreng byk2 sikit...wallaaahhh..hahaa. I've made this before...well, it's ok to write down the recipe again...tengah rajin nih! heheee..
Bahan:-
  • 2 paket tempe (yang dlm plastik) - hiris nipis2 - goreng garing
  • 1 1/2 cawan ikan bilis halus - goreng garing
  • 8 - 10 ulas bawang merah - buat bawang goreng
  • 1 1/2 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas lg boleh letak 2 sb)
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • gula secukupnya (ummi letak 4 sudu besar)
  • sedikit garam
Cara Memasak:-
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar bersama bawang putih. Kacau dan boleh tambah sedikit air dan masak hingga cili terbit minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Biarkan sedikit kering.
  3. Masukkan tempe, ikan bilis dan bawang goreng tadi. Tutup api sambil kacau biar semuanya rata dan bersira dengan cili tadi.

4 comments:

LiNda said...

hai kak ummi..
Inilah menu pertama saya yg kena belajar masa baru berkahwin. Sbb hubby sukaaaa sangat tempe. Apa2 pun masakkan, janji ada tempe !

zanaz said...

emmm ku pun suka menu ni...makan nasi panas ...leh tak hingat dunia hehehe.

ICook4Fun said...

Ummi, sedapnya tempe ni. I memang suka tempe masak macam ni. Besok I nak pergi beli tempe lah so I can cook this.

ain said...

saya pun suka tempe bilis ni. mkn ngan nasi kosong pun dh sedap. thn lama pun ye gak!