Friday, April 3, 2009

Asam Pedas Masak Peranakan

Semalam beli ikan tenggiri 2 keping agak besar gak..x fikir pun nak masak apa..blank betul..Last2 semalam selongkar dapur Noreen dapatlah resepi asam pedas peranakan ni..sapa punya lagi kalau bukan Mat Gebu...terus terpikat...Asalnya resepi guna ikan siakap tp Ummi tibai je la ikan tenggiri ni. Walaupun Ummi x guna ikan siakap tapi memang sedap betul!!!! Thanks Mat and Noreen kata dia ada adjust sikit..tang mana tak tau laa, sbb Ummi x tercari kat dapur Mat tu memandangkan xleh nak view kat menu tepi tu..jadi Ummi layaan je laa...

Bahan:-

  • 2 ekor ikan siakap - sederhana besar (*ummi guna tenggiri)
  • 1 cawan cili kisar
  • 2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
  • 1 tin kecil nenas yang telah dipotong kecil - Ummi guna isi nenas madu
  • 1 camb asam jawa - bancuh dengan 1 cawan air
  • 1/2 cawan air
  • gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk:-

  • 3 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 1/2 cm halia
  • 1 keping hirisan lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • belaan sebesar ibu jari
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-Cara:-
  1. Lumurkan ikan siakap yang telah dibersihkan dengan garam dan tepung jagung. Goreng hingga garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar, perlahankan api dan terus kacau hingga terbit minyak.
  4. Masukkan nenas bersama-sama dengan sedikit air nenas (kalau guna nenas dalam tin) dan kacau hingga sebati.
  5. Tuangkan 1/2 cawan air lagi dan biarkan mendidih.
  6. Setelah itu masukkan bunga kantan dan air asam jawa dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  7. Bolehlah dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan dengan nasi panas.

2 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

telan air liur je nengok masakkan kat umah ummi nih...semua nampak best2...

sheralina -MCNAA- said...

salam...
kak, tumpang tanye...
ade amek tempahan pulut kuning macam kek tak?