Tuesday, April 7, 2009

Puding Roti Nanas Bersos

Okay meh basah tekak dengan puding pulak la eh...mmg tekak Ummi rasa nak makan yang sejuk2 je..kena flu kelmarin...alahaiii...Resepi ni jumpa masa browse internet n duk klik kat Lembaga Perusahaan Nanas Malaysia..jumpa lak resepi ni..tapi dah adjust sikit ikut citarasa Ummi..dah lama simpan...asyik lupa je nak buat..
Bahan:- (loyang 7 x 7 in)
  • 30 gm mentega - untuk disapu pada roti
  • 8 keping roti putih/Gardenia - x buang kulit tepi pun xpa
  • 3/4 cawan nenas dalam tin - cincang
  • 4 sudu besar gula halus
  • secubit serbuk kayu manis
  • 2 biji telor dipukul ringan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 3/4 cawan susu cair - ummi guna fresh milk
  • 1 cawan nanas + jus yang dikisar halus

Cara-Cara:-

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Sedikan loyang yang disapu marjerin.
  2. Roti disapu mentega dan dipotong dua bentuk tiga segi.
  3. Susun roti satu lapisan dalam loyang dan taburkan nanas cincang, serbuk kayu manis dan gula halus.
  4. Dalam mangkuk lain, campurkan telor, esen vanila, susu dan nanas kisar.
  5. Tuangkan campurkan tadi ke atas roti dan biarkan terendam sebentar selama 5 minit.
  6. Kemudian baru lah dibakar selama 35 - 40 minit/hingga perang.

Bahan Sos:-

  • 1 1/2 cawan susu cair (*ummi guna fresh milk)
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila

Masak bahan di atas hingga pekat. Sejukkan. Tuangkan ke atas puding yang telah dipotong semasa menghidang.

2 comments:

CT Delima said...

Mak ai..sedapnya puding roti ni k.ummi. rajin sungguh k.ummi ni.guna nenas dlm tin tu pun boleh kan.Harus duk sebelah umah k.ummi ni..ada kosong x area rumah sana hahahah

ummi said...

CT - Aah mmg sedap..sejuk tekak hehe..mana ke rajinnya laa..senang je tu..sambil baring pun leh buat..haha..Area akak ni xdan nak kosong rumah..cepat je ada orang..maklum strategic area..hehe