Saturday, April 25, 2009

Udang Sos Plum

Ni sekadar nak menghabiskan udang dalam fridge tu, sebab weekend ni xda kat rumah laa..petang Jumaat Ummi kena balik Jerantut ada kenduri kahwin anak sedara hubby...layan je laa..Resepi dari Mat Gebu ni...meh tukar2 rasa..sedap..tp udang akak ni kecik2 je la..x macam udang kat Kulai tuh..hehe..layaan je laaa..akak nk kopipes je la ni..thanks Mat!!
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 10 ekor udang galah bersaiz sederhana (akak guna udang bese je)
  • 2 tiub tauhu jepun
  • 2 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 inci halia, dititik
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar sos cili
  • 1 1/2 camca besar sos plum
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMASAK :-)
  1. Udang dibersihkan, cuci dan tos. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng udang tadi 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Tauhu jepun dipotong 8 setiap tiub, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan lebih kurang 2 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum..
  4. masukkan sos tiram, sos cili dan sos plum, kacau rata dan tuang air.
  5. Bila mendidih, masukkan udang dan tauhu jepun, gaul dan tambah garam jika perlu. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.....

2 comments:

ain said...

sedapnya kak ummi. klu dok dkt2 ngan umah kak ummi..ngan muka x malunya sy mintak sikit.hihi

Diny said...

Salam kenal Kak Ummi, such a nice blog. Rjin sungguh masak, ada tak pernah datang cik M?

Salam dari Birm.