Thursday, April 16, 2009

Popia Pisang

Resepi sempoi wat bekfes pagi semalam...sajalah nak menghabiskan pisang tu..apapun my kids suka dan dah byk kali buat sebenarnya!
Bahan:-
  • 4 biji pisang emas masak kekuningan(sederhana besar - dibelah 2)
  • sedikit gula
  • 8 keping kulit popia

Cara Membuat:-

  1. Letakkan pisang di atas kulit popia.
  2. Letakkan sedikit gula di atas pisang (jangan byk sgt, nnt goreng mudah hangus lak, tapi kalau pisang dah ranum dan manis, x letak pun xpa)
  3. Bungkus pisang dengan melipat kulit popia seperti biasa.
  4. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. (jangan lama sangat, nnt keluar lak pisang tu bila dah panas dan lembik).

2 comments:

~sya~ said...

wah..kreatif nya kak ummi...

rokayah said...

saya selalu jugak buat mcm ni.. makan dgn ice cream..... sedap..