Wednesday, April 29, 2009

Baby Bread Pudding

Rasanya ramai yang dah buat pudding ni kaan..ni turn akak la pulak, dah sume sepi tu..eloklah akak pulak tayang..wakakaa...Resepi dari Sifu kat MyR tu laaa...kak Fida...Thanks k.fida..nak kopipes je le yaa..
Bahan-bahan ( 6 keping ):-
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
    sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
  • mangkuk muffin - disapu majerin
Cara-Cara:-
  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inci persegi.
  2. Tepung, gula, susu, telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap. Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.

***Sedap juga kalau menggunakan roti berperisa buah2an.

2 comments:

ain said...

saya pun ada try gak tu hari cuma tara lawa la. tu yg sonyap je!hihi

MamaFaMi said...

Sedap gak buat minum petang ni kan Ummi? Mmm mama jamu mata je la...