Ahhaa...puding lagik!!! Yeap..sedap makan puding panas2 kan..tapi nak wat kena yang sempoi2 je leee..janji sedap...Resepi Ros a.k.a Onigiri yang duk Jepun tu...Tp akak letak dalam mangkuk leper n lebar gini susah lak nk nampak layer dia..so u all intai je laa ikut bawah mangkuk ni eh..hehe..Sekejap je licin...ai seh man..!! Aiman suruh wat lagi pulak ni!!
Bahan:- (4-5 acuan)
- 300 ml susu segar
- 100 ml whipping cream (kalau xda..tambah dgn susu segar jugak)
- 50 gm gula
- 4 gm (1 sudu kecil) gelatin
- 1 sudu kecil air (untuk dibancuh dengan gelatin)
- 10 gm serbuk koko - akak letak lebih sikit (bancuh dengan sedikit air panas)
- Mula-mula campurkan gelatin brsama air dan kacau sebati. Ketepikan dulu.
- Di dalam periuk, panaskan susu segar, whipping cream dan gula.
- Kemudian masukkan bancuhan gelatin tadi di dalam periuk dan kacau gelatin hingga betul-betul larut.
- Tutup api dan masukkan serbuk koko yang dibancuh tadi dan kacau sebati.
- Tuangkan ke dalam bekas/acuan puding.
- Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih.
Puding ini dengan sendirinya akan menjadi 2 layer apabila telah sejuk. Jika mahu perasa lain boleh jugak ditukar dengan strawberry atau apa2 aje perasa kegemaran.
1 comment:
kak...cuaca kat jb ni tgh menyengat betul..klu le dpt semangkuk..sedappp
Post a Comment