Wednesday, April 15, 2009

Moist Orange Cake

Sori lah sebab ni menu weekend baru ni..x terkejar nak posting..kalau letak sekaligus kang tak sempat u all nak tatap pulak..hehee...Kek favourite hubby ni..memang moist giler weiii...Resepi dari g-hah@MyR tu...nak buat pun senang, nak makan lg senang..wakakaa..lesap je kat tekak..
Bahan:- (loyang bulat 8 inci)
  • 1 cawan tepung kek/tepung naik sendiri
  • 4 biji telor - asingkan kuning dan putih
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan mentega
  • 1 biji limau sunkist - diparut kulitnya dan diperah jusnya
  • 1 camca besar ovalette (*akak letak 1/2 camca besar jek, dah habis daa)
Cara Membuat:-
  1. Dalam mangkuk, putar putih telor sehingga bertanduk (diterbalikkan tak jatuh/soft peak).
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan putar gula aising dan mentega hingga ringan.
  3. Masukkan jus limau dan kulit limau. Pukul sebati.
  4. Masukkan ovalette dan putar lagi.
  5. Masukkan kuning telor dan tepung berselang seli sambil diputar lagi hingga sebati.
  6. Kemudian masukkan putih telor dan pukul dengan kelajuan perlahan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking paper.
  8. Bakar pada suhu 145 C selama 1 jam/hingga nampak kek mula lekang di bahagian tepinya.
  9. Bila telah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan 5 minit di dalam oven.
  10. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan di atas redai.

4 comments:

ima said...

wah kak ummi. ..sedapnya tengok kek moist orange tu...gebunya...nak cubalah gak..tp bila ye...???

ain said...

nampak mcm senang nak buat je kak..kena msuk list ni.hihi

Anonymous said...

Ummi,

Ur orange cake looks so moist n sedaplah! Did u use cake flour or self raising flour?If using cake flour, how much baking powder did u add?

thks n regards,
Susanna, Perth

hanisah said...

Tried this.
Super loveeee~
thanks for sharing! :)