Friday, April 3, 2009

Carrot Cake Ala Secret Recipe

Okay kelmarin akak tayang luar kek ni sempena anniversary...now meh kita potong kek ni...hehe..yang atas tu dah kena makan dengan hubby..he's not a fan of carrot cake but once Ummi potong..dia makan habis yang atas nih!! Lembab dan kaya dengan rasa carrot, walnut, kismis and mixed peel...sepatutnya letak nenas, tapi dah beli pun terlupa pulak nak letak...but it doesnt' matter, still sedap..Next time letak nenas lg best la rasanya eh..Resepi dari beldandy@MYR dan Ummi kopipes je leee..

Bahan-bahan:- ( 1 biji - loyang 9 in)
  • 3 biji telur
  • 3/4 cup butter milk (ummi substitute 3/4 fresh milk + 1 sb. lemon juice dan biar 10 minit)
  • 3/4 cup minyak jagung
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 tsp vanilla essence
  • 1 tsp serbuk kayu manis
  • 1/4 tsp garam
  • 2 cup tepung
  • 2 tsp baking soda
  • 2 cup carrot yang di parut
  • 1 cup kepingan kelapa (flake coconut) optional
  • 1 cup walnut cincang
  • 1 tin nanas yang di hancurkan
Cara-cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175 degree. Grease kan loyang pembakar.
  2. Ayak tepung, garam, bakng soda dan serbuk kayu manis. Ketepikan.
  3. Campurkan telur, buttermilk, minyak, gula dan vanilla, gaul rata. Kemudian campurkan tepung dan gaul sebati.
  4. Dalam mangkuk lain, campurkan carrot, coconut, walnuts, nenas dan raisin.
  5. Kemudian campurkan kedalam adunan tepung dan gaul hingga rata.
  6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
  7. Setelah sejuk boleh hias dengan cream cheese frosting.

Untuk buttercream, Ummi gunakan resepi dari Aniza, thanks yaa...

Bahan:-

  • 250 gm mentega
  • 250 gm creamwell/marvello
  • 250 gm gula aising - diayak
  • 3 biji putih telor
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara:-

  1. Pukul mentega dan creamwell hingga ringan dan gebu..Pastikan benar2 gebu.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula aising dan putar sehingga sebati.
  3. Campurkan sedikit demi sedikit putih telor dan pukul rata setiap kali memasukkannya.
  4. Bubuh esen vanila dan kacau sebati. Siap untuk digunakan.

(*Nota - Mentega dan creamwell mesti dipukul hingga ringan dan gebu untuk memastikan buttercream tahan lama ketika dalam suhu bilik. Jika tidak terus menggunakan buttercream ni, simpan di dalam bekas bertutup rapat.)

3 comments:

Farahiyah Jasmi said...

salam ummi. mirip x rase die dengan secret recipe punye? sy da lame cari resepi kek keret secret recipe. kalau same, sy nak cube resepi ni. :)

Ummi said...

Wkmsalam Farah, akak x berani nak kata sesedap SR tu kek nih..tapi yang ni mmg sedap pada tekak akak, lembut dan lembab...boleh cuba setengah adunan dulu kalau nak rasa sgt..Maybe yg SR lg sedap la kott..hahaa, tp x tau kan diaorg letak apa..pd akak x sedap sikit xpa, tp puashati buat sendiri dan tau apa kandungannya..setengah kek yg dijual dikedai di letak sedikit wine/ram gitu..ish x berani nak cakap laaa...

Anonymous said...

salam ummi,, nak tanye,, saya baru beljar nak membuat cake.. kalau menggunakan acuan cup.. brape gram ye? mcm mane gunakan cup? tq:)