Friday, April 10, 2009

Mini Pizza

Buat pizza ni untuk Aiman bawak bekal ke sekolah...dah macam kemalasan melanda jek..malas nak berenyah-renyah..Tinggal dengan anak2 je ni, hubby gi Tioman kelmarin..Resepi dari fendi@MyR tu..Akak kopipes je la yaa...

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g shortening
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung

Topping: (akak x ikut topping ni..ikut je apa yg ada dlm stok)

  • pizza cheese
  • mini tomato
  • sosej
  • asparagus
  • sos tomato / sos pizza
  • telur untuk sapu pada roti
Cara Membuat:-
  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan. (*akak uli je macam biasa tu..)
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda.
  4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

1 comment:

SABALE said...

que buena mini pizza loco
http://www.sabaleplus.blogspot.com/