Tuesday, April 14, 2009

Fettuccine With Creamy Tomato Sauce

Ni akak buat untuk bekfes pagi minggu kelmarin...terliuq tengok Rinn tayang kat dapur dia..terasa-rasa kat tekak dah banyak hari dah..ni baru sempat nak buat...Thanks Rinn..laku sungguh la kat rumah ni..kebetulan anak-anak sedara ada dan Najwa pun ada balik sempena "study leave" ni..sampai je dia tibai ni dulu..hehe..
Bahan:- (7 orang)
  • 500 gm Fettuccine - direbus hingga lembut - toskan.
  • 2 sb. olive oil (minyak masak or butter pun boleh)
  • 1 biji bawang besar (bawang Holland tu sedap) - dadu
  • 3 biji bawang putih - cincang
  • 800 gm tomato puree
  • 500 gm cendawan butang - hiris nipis
  • 2 sb. daun parsley segar (akak guna dried parsley je)
  • 1/2 cup cream (akak pun letak cream cheese)
  • segenggam udang segar
  • green & red capsicum
  • 2 biji tomato - potong dadu
  • 2 sb. sos tiram
  • 2 sb. sos lada hitam
  • 2 sb. sos cili
  • 2 sb. kicap cair

(*kalau x cukup masin, tambah garam secukup rasa)

Cara-cara:-

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan wangi.
  2. Kemudian masukkan udang, kacau sebentar.
  3. Masukkan tomato puri dan semua sos serta cendawan butang.
  4. Masukkan cream cheese dan Fettuccine dan kacau rata-rata. Taburkan dried parsley.
  5. Masukkan capsicum dan tomato dadu. Seimbangkan rasa.

2 comments:

ain said...

saya pun dh try buat.tengok kat blog cik mat gebu. memangg sedapp!!!!

Anonymous said...

saya tak pernah buat lagi...terliurnya!!!