

Bahan:-
1 cawan tepung serbaguna
1 cawan tepung whole wheat
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kayumanis
1 1/2 - 2 cawan fresh blueberries
1/2 cawan butter - dicairkan
2 biji telor saiz A
1/2 sudu teh esen vanila
Sedikit gula pasir - untuk tabur atas muffin
Cara Membuat:-
Preheat oven ke suhu 220 deg. celcius. Sediakan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 kering dalam mangkuk dan gaul rata. Dalam mangkuk kecil lain, masukkan 1 sudu besar campuran tepung dan gaulkan dengan fresh blueberries biar rata. Ketepikan. Campur dan kacau gaul telor, susu, esen vanila dan masukkan ke dalam butter yang dicairkan. Kemudian segera masukkan bahan-bahan kering dan kacau perlahan kedua2 adunan. Kacau hingga agak2 sebati dan rata sahaja. (*Jangan terlebih gaul/kacau lama, ini akan menjadikan muffin agak keras nanti.) Masukkan bluberry tadi, kacau rata sikit. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin lebihkurang 2/3 dari acuan. Taburkan dengan gula pasir tadi. Bakar selama 15 - 20 minit hingga berwarna kekuningan/hingga masak.
2 comments:
Kak Ummi, senang ke dapat blueberries di malaysia? Disini kadang2 sangat mahal, nearly AUD$5.00 for 150g! I like muffins; kena try your recipe.
VG - Aah boleh kata senang la jugak..tp tengoklah..ada masa sume supermarket ada..ada masa sume2 pun xda..wahahahaa..xlah mahal sangat..sesekali nk, boleh laaa..Well, try it out!! It's a bit different with another recipes becoz of using 2 different flour..!!
Post a Comment