Sunday, July 27, 2008

Chocolate Roll Cake

Bila hujung minggu, kalu x pergi ke mana-mana barulah ada masa nak masak lebih-lebih dan duduk kat dapur tu lama-lama, sampai naik lenguh kaki ni berdiri. Swiss roll ni Ummi buat sebab abang long nak, dia nampak resepi ni atas meja. Memang nak buat pun, tapi duk que lama sangat sampai abang long yang mintak buatkan....hehe..Nasib dia suruh wat, xpun ntah bila nak mula buat..haha...Lagipun, kebetulan bahan-bahan sume ada...Resepi dari Yani, diambil dari rumah Mak Lang ni...
Bahan Kek:- (30 x 30 cm)
4 biji telor
35 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko
50 gm gula halus
Bahan Krim:-
125 gm cream cheese
150 gm fresh cream/whipping cream
30 gm gula halus
1 sudu besar jus lemon
Cara-cara:-
KEK:-
Alaskan oven plate dengan baking sheet. Asingkan kuning telor dengan putih telor. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga ke suhu 180 deg. celcius. Sementara itu pukul putih telor sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit sedikit dalam 3 peringkat sambil dipukul. Pukul sehingga kembang (soft peak).

Masukkan kuning telor satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau dengan spatula dalam satu arah hingga sebati. Tuangkan ke dalam dulang dan ratakan. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180 deg. celcius. Kemudian sejukkan.

KRIM:-
Pukul cream cheese dengan gula sehingga lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon juice. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim. Sapukan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung perlahan-lahan. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 - 2 jam sebelum dipotong.

5 comments:

ummi said...

Mmmmm, nyam nyam nyam.... sedapnyer kak ummi. Tapi saya nak tanya ler, whipping cream ni mcmmana rupanya? Saya bab2 nak buat kek ni memang lemah sket...

Nina Suria said...

ummi mcm esok dah nak raya, soma org tgh idang juadah lebaran :)

salam tenggelam timbul :D

sakurasa 2 said...

Ummi tq very much.

shima said...

cantiknyerrrr swiss roll!!!!
sungguh2 lawo cam beli punyerr bestnyerr anak2 ummi ari2 mkn sedap kalau kita ni harapkan beli jelaaa x reti nk gulung2 ni...

Ummi said...

Ummi - emm ramai gak Ummi sini ek..akak dah jawab kat blog Ummi ya..

KakmOn - aah, rumah Ummi ni xdalah mcm nk raya pun..cookies cantik2 cam kakmOn buat tu, belum ada masa lg nk buat..kalu boleh nk tempah sekapal cookies marble-ous kakmOn tu..

Sakurasa - xpa sikit punya hal..apa-apa kita share sama2 kan..

Shima - alah Shima try buat, senang je tu..cuma kena roll perlahan2 k! Xdalah complicated sgt cam nk deco kek yang memang akak xda bakat terus tu..hehe