Ni lauk dinner semalam..atas permintaan Aiman yang bagi menu bila tnya nk masak apa..Dia kata lama dah Ummi x buat kari ayam..aah laaaa...ok ok...layaaann...So kira special ni untuk dia laaa..hehe
Bahan:-
1/2 kilo ayam (lebihkurang 6 ketul sederhana besar)
1 paket rempah kari daging/ayam Adabi ) *bancuh
2 cawan santan pekat ) bersama
3 sudu besar cili kering yang dikisar
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 cawan santan cair
3 sudu besar air asam jawa
2 biji cili hijau - belah
3 biji kentang - belah 6
garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 biji buah keras
Bahan Tumis:-
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 batang serai - dititik
Bahan:-
1/2 kilo ayam (lebihkurang 6 ketul sederhana besar)
1 paket rempah kari daging/ayam Adabi ) *bancuh
2 cawan santan pekat ) bersama
3 sudu besar cili kering yang dikisar
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 cawan santan cair
3 sudu besar air asam jawa
2 biji cili hijau - belah
3 biji kentang - belah 6
garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 biji buah keras
Bahan Tumis:-
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 batang serai - dititik
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis dulu bahan tumis. Kacau sebentar dan masukkan bahan kisar. Kacau hingga naik bau. Masukkan rempah kari bersama santan pekat tadi. Kacau dan masukkan cili kisar. Masak dengan api perlahan hingga rempah naik minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan mesra. Masak lebihkurang 10 minit. Masukkan air asam jawa, kentang dan santan cair. Masukkan garam secukupnya. Biar mendidih dan perlahankan api. Bila kuah agak pekat dan kentang telah lembut, masukkan cili hijau dan tutup api.
No comments:
Post a Comment