Ni kuih kegemaran Ummi and hubby...buat petang semalam. Resepi asal oleh Sis Blackmore tapi Ummi cedok dari dapur KakRinn nih! Ni resepi ek..Ummi wat half je dari resepi ni..
Bahan:-
1 cawan gula (*ummi pun mcm K.Rinn guna 3/4 cawan je)
1 ketul besar gula melaka (ummi pun guna gula merah)
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste (ummi letak 1 camca teh je)
kelapa parut + garam
Cara Menyedia:-
Ambil 2 cawan dari 5 cawan air tadi dan masak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan. Ayak semua tepung. Tambahkan lebihan 3 cawan air tadi ke daam bancuhan air gula. Masukkan air kapur. Masukkan coklat paste. Tapis air gula ke dalam tepung. Gaul rata. Tapis sekali lagi adunan untuk mengelakkan yang berketul2. Kacau seketika atas api kecil dan apabila nampak agak pekat sikit (*jangan sampai jadi kanji), angkat. Sapukan loyang/acuan dengan sedikit minyak kelapa dan kukus sebentar (*untuk mengelakkan kuih dari melekat). Kemudian tuang adunan ke dalam loyang/acuan dan kukus. (*ummi wat dalam acuan kecil2, lebihkurang 15 minit tempoh masak). Bila telah masak, sejukkan kuih dan gaul dengan kelapa muda parut bersama garam yang telah dikukus dahulu supaya kelapa tahan lebih lama.
2 comments:
maklang tengah dok mencari resepi mee udang..terjumpa pulak kat sini!
Semua sedap. Masa menjengah ke blog cik manggis rasa nak bentan. Ni rasa nak meroyan pulak. macam mana ni.
Post a Comment