Friday, July 11, 2008

Sambal Bacang/Machang

Emm mana satu nk letak nama nih...Ummi bese panggil buah machang...sesetengah tempat panggil bachang..dalam kamus bahasa, panggil bachang kann...hehe..x kesah le janji isinya dah ku tarah dan racik2 wat sambal tengahari tadi...berselera hubby makan...

Bahan:-
1 biji buah bacang - kupas, basuh dan racik halus
3 biji cili merah
6 biji cili padi
3 inci belacan - dibakar sikit
2 sudu air asam jawa cair
3 sudu besar gula - adjust le rasanya
1 sudu kecilgaram

Blend sume bahan di atas kecuali buah bacang. Kemudian masukkan 1/3 buah dan blend sekejap. Tuang dalam bekas dan campurkan dengan lebihan buah tadi. Gaul rata dan seimbangkan rasa.

3 comments:

MyLilBundle said...

sedapnyerrrr sambal bacang nih..
ikshhh kalaulaaa der buah nih kt sini alangkah masyukknyerr.. .
mkn nagn ulam n nasi panaz2 terangkat punggung!! :D

MamaFaMi said...

Sedapnya sambal bacang ni...

Fadzilayaty Ramli said...

leh la try nanti..lain dr yang lain...