Thursday, July 31, 2008

Custard Raisins & Red Bean Sweet Bun



Resepi cedok dari dapur Noreen ni..Ummi buat 2 adunan dari yang asal ni..Thanx Noreen..Sedap n lembut sgt2!!

Bahan:-
75 gm tepung roti
75 gm tepung kek
1 camca teh yis
60 gm susu segar
1/2 biji telor
30 gm gula pasir
25 gm mentega

Bahan Kastad:-
1 cam. besar tepung kastad
1/2 cam. besar gula pasir
85 gm susu segar
10 gm mentega
1 cam. teh esen vanila

20 gm raisins/mixed fruits
1/2 biji telor untuk sapuan


Cara-Cara:-
Untuk Kastad:-

Masukkan kesemua bahan kastad ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat sedikit. Tutup api dan biarkan sejuk. Cover dengan cling film.


Untuk Bun:-
Masukkan kesemua bahan-bahan roti di dalam mixing bowl dan kacau sebati. Uli sehingga menjadi doh, elastik dan tidak melekat di tangan. (Atau kaedah lain, masukkan ke dalam bread machine, tekan setting doh, biarkan doh siap.) Setelah siap diuli, biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda dalam masa 45 minit - 1 jam. Kemudian tumbuk2 kan doh untuk keluarkan angin dan rehatkan doh 15 minit lagi. Kemudian canaikan doh menjadi bentuk "oblong" dan sapukan kastad, taburkan raisins. Gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut suka ketebalannya..(*ummi ni ternipis sikit, lagi cantik kau tebal sikit). Susun atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi. Sapukan bun dengan telor dan bakar pada suhu 180 deg. celcius selama 15 minit/hingga masak. Setelah masak, sapukan mentega agar bun kelihatan berkilat.


Nota:- untuk red bean bun pun sama je..cuma tukar filling dalam tu, then roll red bean filling atas doh yang dicanai..gulung dan potong.

4 comments:

sakurasa 2 said...

Ummi sakura tengok ajer pun dah sedap kalau dapat makan lagi sedapkan tapi sakura lagiiii tak pandai buat....

farah aminuddin said...

sedap nye bun.. tp kalau tgk ummi buat live, maybe lg senang nk belajar..hehe

wan wma said...

Ya Allah..sedapnyer....

SA said...

sedapnya ummi.teringin lah nak buat juga. rajinnya ummi ..consistent jerr masak..