Friday, July 11, 2008

Acar Ikan Bawal

Resepi acar ikan bawal ni dah berapa hari sudah nak buat, asyik tertangguh je..semalam baru dapat masak ni untuk berbuka pose..hehe...sedap rasa masam manis acar tu...best ni tau!!..Tk kat Mat Gebu sebab share resepi nih!
Meh tengok bahannya k.
Bahan:-

2 ekor ikan bawal hitam (kurang lebih 500 gm)
1 batang lobak merah - potong anak mancis/halus memanjang
1 batang timun - potong anak mancis/halus memanjang
2 biji cili merah - hiris
8 biji bawang merah - belah dua
4 ulas bawang putih - belah dua
1 inci halia muda - hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1/2 camca besar biji sawi
1 camca besar cili kisar
1 camca besar udang kering - rendam 10 minit/tos/tumbuk halus
1 camca besar rempah kari ikan
3 camca besar "cider vinegar" (boleh guna cuka makan biasa)
garam dan gula secukup rasa
sedikit air


Cara Memasak:-
Ikan dibersihkan, kelar dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis biji sawi, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga bersama halia, bealhan bawang putih dan merah hinga harum. Masukkan udang kering tumbuk dan cili kiar. Kacau rata. Masukkan rempah kari ikan dan sedikit air. Bila mendidih, masukkan gula secukup rasa (biasanya acar memang manis sedikit), sedikit garam dan cider vinegar. Masak hingga pekat dan terbit minyak. Masukkan hirisan lobak merah, timun dan cili. Gaul rata dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul perlahan bersama sayur hingga mesra. Seimbangkan rasa dan matikan api. Hidangkan.

2 comments:

VG said...

Eeee sedapnya acar Ummi. kempunan nak makan ikan bawal. Sini susah nak dapat. hantar sikit ke VG yah?

ummu_hanis said...

nak try la. mak kita suka sgt acar camni. tapi selalu tgk org buat pakai rempah. resepi ummi ni tak pakai rempahkan? mesti rasanye lebih ori. tq for sharing.