Monday, July 7, 2008

Udang Vietnam Style

Ni satu resepi masakan senang dan cepat...dan yang penting sedap...kalu g Vietnam pun belum tentu leh merasa masakan ni..hehe...Resepi cedok dari rumah Hazila lagik! Best masuk dapur Hazila ni..tgk gambar je terliur...hehe. Thanx Hazila. Walau pun xda udang besar, Ummi masak je yang saiz sederhana bese2 tu..janji sedap..hehe. Penat sangat dah menaip paperwork kat office td, so akak kopipes je lah ek..

Bahan Bahan:-
4 ekor udang bersaiz besar ( 300 gm) - Ummi guna udang saiz sedang je..
1 biji bawang besar - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
4 biji cili padi - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan paste tomyam
Sedikit Belacan
Sedikit air
Garam dan Gula secukup rasa

Cara-Caranya:-
- Tumis bahan kisar sehingga naik baunya. Masukkan sos cili,tomato, paste tomyam dan kicap cair.
- Masukkan sedikit air bergantung kepada kepekatan kuah yg dikehendaki. Biarkan ia mereneh seketika. Masukkan belacan.
- Masukkan udang dan gaul sekata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan ia masak seketika, tutup api dan boleh dihidangkan.

2 comments:

Cik Siti Wan Kembang said...

ssssodapnya ummiii.. rindunya kat udang...sedap sambal Ummi

Ummi said...

Aah siti..boleh tahan rasa udang ni..Ummi suka..lah!! siannya xleh makan udang..ish ish..kira2 siti masuk geng Mat Gebu la ye..kalu makan tebal bibir cam Anita Sarawak tu ke?? hehehe..