Wednesday, July 9, 2008

Gulai Kunyit Lengkuas Terengganu

Resepi dari majalah Saji..saja nk merasa another version of gulai kunyit lengkuas hehe..kali ni style Terengganu..Ummi wat half je dari bahan asal dan tambah lg cili padi..suka pedas2 sikit. Lepas semalaman...mmg rasa lagi terangkat!!!
Bahan-bahan:-
500 gm ikan nyok/merah
1 cawan air
2 sudu bear rempah gulai (*)
10 batang kacang panjang - kerat-kerat 4 inci
1 labu bawang besar - belah 4
5 tangkai cili padi (ummi guna cili hijau)
3 keping asam gelugor
2 cawan santan pekat
garam
Bahan kisar:-
10 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
4 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
Cara Memasak:-

Bersihkan ikan dan rebuskan dengan secawan air, asam gelugor dan garam sehingga mendidih (seeloknya dibiarkan semalaman - tp ummi bantai masak terus je). Satukan kesemua bahan kecuali santan, bawang besar, kacang panjang dan cili hijau. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan-lahan agar tidak pecah minyak. Masukkan bawang besar dan cili hijau. Tambahkan garam secukup rasa.

(*Jika tiada rempah gulai - sediakan sedikit ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, kunyit, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawng. Kisarkan kesemua bahan ini)

No comments: