Tuesday, July 29, 2008

Gulai Ikan Siam

Malam ni x dapat nak masak banyak2 sebenarnya...Masa kat ofis tadi cadang bila balik nak baut roti lepas masak, tp air dah buat hal...halusnya laaa..macam xnak keluar je...time kita nk masak tu laaa...dia buat hal...menciiiiii... Sempat masak lauk sempoi je ni...santan pun Ummi guna santan kotak je..Resepi dari Kak Liza ni..

Bahan:-
500 gm ikan tenggiri/merah/kembung/selar
3 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
sedikit terung pipit (*ummi guna terung bulat kecil2 warna ungu - xtau le nk panggil terung apa)
sedikit buah belimbing buluh (*ummi xda ni)
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah dua)
Garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
Minyak untuk menumis

Bahan Mesin:-
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
1 sudu kecil lada hitam
5 batang serai
2 cm lengkuas
10 ulas bawan merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendidih dan masukkan garam. Masukkan buah belimbing dan cili hijau. Perlahankan api dan biarkan mendidih hingga kuah pekat. Tutup api dan hidangkan.

2 comments:

ijad said...

salam... apa khabar...

Ummi said...

Ijad - wkumsalam, lama x singgah ek..wah hot jugak blog Ijad tu ek..hehe