Sunday, July 27, 2008

Marble Cheesecake

Minggu ni abang long ada balik, so Ummi pun ada semangat la sikit nak masak beriya. Tambahan jenis2 ciskek ni memang dia suka...siap tapau bawak balik kolej lagi petang tadi. Tapi xleh selalu sangat wat ciskek ni...nanti orang yang tinggal kat rumah ni yang naik inci...hehe..just can't resist it!! :D Resepi asal dari Kak Rinn FP ni...sedap, lembut je kek ni n a bit moist...!!
Bahan A:-
180 gm mentega
20 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 gm tepung naik sendiri (diayak bersama serbuk koko dan baking powder)
170 gm gula kastor
3 biji telor

Cara Membuat:-
Griskan loyang 8 ince dengan butter dan alas dengan baking sheet. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati lagi. Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dengan spatula dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:-
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:-
Pukul cream cheese hingga kembang. Campurkan gula, telor dan esen vanila. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.

Cara Menyediakan Kek:
Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian tuang pula adunan B di atasnya dan ratakan. Tuang pula sebahagian lagi bahan A dan ratakan. Bakar pada suhu 165 deg. celcius selama 50 - 60 minit (adjust ikut oven masing-masing). Biarkan sejuk dahulu baru dipotong.

2 comments:

shima said...

aisehhhh chiskek yg ni mmg patut digodek sblm brownies tu lg tp dah tergoda dek brownies hitam kt fp kak rinnchan terus KIV kek ni tgk ummi punyerr cam terpanggil2 pulokkkk...

Ummi said...

Hehe..Shima..buatlah yang mana nak makan dulu tu ek..hehe, ikut tekak..memang akak pun kdg2 KIV berderet2 smpai terlupa. Bila nk buat, bahan lak xda stok..wahahah!