Sunday, July 27, 2008

Ayam Baghana

Lauk ni Ummi masak untuk makan bersama nasi udang berempah tengahari tadi. Hehe..ni pun cedok dari dapur Kak B. Haiii, nombor Kak B tengah naik ni...!!! Tk banyak ya Kak B...sedap sangat-sangat ayam ni...!!! Nak masak pun senang...
Bahan:-
1 ekor ayam (kira-kira 1/2 kilo - potong 8/10)
5 sudu makan minyak masak
2 1/2 cawan santan
2.5 cm lengkuas - diketuk
1 batang serai - dititik (ummi guna 2 batang)
7 helai daun salam - (*x letak ni)
1 tin kacang kidney
2 sudu makan gula perang
garam secukup rasa
bawang goreng

Bahan Kisar:-
2 sudu makan ketumbar
5 biji buah keras
4 cm kunyit hidup
10 batang lada merah
5 batang cili hijau
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 gm belacan

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan santan, lengkuas, serai dan daun salam dan biarkan masak sehingga naik minyak. Masukkan garam dan gula perang. Masukkan ayam dan kacau rata kemudian kecilkan api dan masak ayam sehingga kuah agak pekat. Akhir sekali masukkan kacang kidney dan semasa menghidang tabur bawang goreng.

No comments: