Monday, July 21, 2008

Donut Ala Pizza

Resepi dari majalah SEDAP...wat pagi minggu semalam.

Bahan:-
500 gm tepung roti
1/2 bungkus (2 sudu teh) yis segera
1/2 sudu teh serbuk penaik
50 gm gula pasir
1 biji telor
250 ml susu cair (*ummi guna fresh milk)
50 gm margerine (*ummi guna butter)
1 sudu teh garam
1 sudu makan bijain (*ummi x letak pun)

Bahan Topping:-
5 batang sosej lembu - dipotong2 nipis
1/2 biji capsicum merah - potong dadu (*xda yg ni)
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
100 gm cendawan butang - (*xda ni)
230 gm keju mozarella

Bahan Sos:-
2 sudu makan minyak untuk tumis
1 labu bwang besar - cincang
200 gm daging cincang
8 biji tomato - rebus, buang biji n kulit - cincang
2 sudu makan pes tomato
2 sudu teh oregano
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh serbuk cili (*ummi ganti 2 sudu besar sos cili je)

Cara Membuat:-
DONUT:-
Campurkan tepung, yis, baking powder dan gula. Kacau rata. Masukkan telor dan susu cair sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh. Masukkan marjerin dan garam. Uli lagi sehingga doh menganjal. Masukkan bijan dan uli rata. Biarkan doh rehat selama 15 minit.

Tumbuk2 dan tekan adunan. Bahagi kepada beberap bahagian dengan berat 40 gm setiap bahagian. Bulatkan. Biarkan selama 10 minit. Canai memanjang. Letakkan di dalam loyang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Biarkan lagi selama 40 minit sehingga doh mengembang. Goreng dalam minyak yang penuh dengan api sederhana sehingga masak kekuningan sikit.

SOS:-
Tumis bawang besar sehingga terbit bau. Masukkan daging cincang. Kacau dan masukkan tomato. Kacau rata lagi. Masukkan pest tomato, sos tomato, oregano, garam, gula, lada sulah dan serbuk cili. Masak sehingga matang.

Letakkan di atas donut dan taburkan bahan topping. Bakar seketika (ummi set 8 minit) sehingga keju mencair.

1 comment:

shima said...

salam ummi...
bguihlaaa idea ummi nih...kdg2 doh donut tuh mmg byk kan klau dipelbagaikan mesti mcm3 buleh wat cam pizza nih...ikshhh x terpikir pulakk i..mekasih laaa kasi idea yg bernas ni leh wat resepi 2 dlm 1 hehee