Wednesday, July 16, 2008

Telor Bungkus


Malam tadi memang rasa cam malas je nak masak...malas nk berenyah kat dapur sebab penat sgt balik ofis, keje melambak n sumenya urgent...uiiihhh! Hb kata xpalah masak yang senang2 jek..hehe..senang betul laa ni.. :D So, layan resepi Maklang ni ek..

Bahan:-
5 biji telor
200 gm daging lembu - direbus & dicincang (*ummi guna daging cincang Ramly je)
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang peas)
3 ulas bwang putih - cincang
1 labu bawang besar - potong dadu
1 cm halia - cincang
1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce
2 sudu besar sos tomato (*ummi letak 1 sudu besar sos cili + 1 sudu besar sos tomato)
sedikit garam dan gula
Cili padi - cincang halus (*ummi letak cili merah)

Cara Memasak:-
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan sebentar dan masukkan rempah kari serta daging cincang dan biarkan daging masak sikit. Kemudian tambahkan sos, garam dan sayuran campur serta cili. Kacau sebentar dan tutup api. Ketepikan. Pukul telor hingga kembang, panaskan kuali non-stick leper, dan tuang sebahagian telor (nipis sahaja) dan masaklah seperti buat telor dadar. Bila hampir masak, letakkan inti daging tadi di tengah-tengah dan lipatkan telor dengan kemas supaya intinya tidak terkeluar. Boleh buat dua keping telor dadar atau jika kuali besar boleh buat terus sekali sahaja.

2 comments:

Anonymous said...

Cantik je Ummi melipat telur bungkus ni... Mama kalau buat, mesti bertabur intinya! Tapi tak apalah, tak pandai lipat telur goreng, asal pandai lipat baju, jadilah... hehehe...tak mo kalah tu!

MyLilBundle said...

pandainyerr ummi bungkus telur...
kemas gitewww....
kalau i yg lipat jgn kata berterabur cam mamafami rabak terus kulit dia!!