Ni saja nk menghabiskan pisang berangan yg Ummi beli dah 3 - 4 hari dah..cam xda orang nk makan dah..so, wat jemputlah jawabnya goreng pagi tadi.
Bahan:- (agak2 je yee)
6 biji pisang berangan - lecek
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula
Campurkan aje sume, gaul sebati. Panaskan kuali dengan minyak yg banyak, jemput adunan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam kuali. Balikkan selalu. Bila telah masak hampir kuning keemasan pekat, angkat dan toskan atas paper towel.
1 comment:
Sedapnya jemput2 pisang tambah pulak kalau minum dgn air kopi
Post a Comment