Okayyy now akak nak tayang apa yang akak masakkan untuk Chef Hanieliza ketika berkunjung ke rumah akak baru-baru ni....Masak sempoi2 aje sebenarnya...kita x reti jugak nak hidang apa kat seorang Chef ni...oleh kerana dia ni mmg dah terror dengan masakan lauk-pauk ala-ala kampung merata ceruk rantau...so akak masakkan western food la tuk Kak Liza..hehee...tengok Kak Liza n anak2 makan bertambah, ok la kot...x tau la sedap ke idak...heheee....Ni resepi akak selalu buat kalau panggil kawan2 makan dan ada gak officemate akak yang suh masak resepi ni kalau berkunjung...Dulu dah penah masuk entry, tp lama dah....akak C n P sekali lg kat sini...
SPAGHETTI WITH HEINZ CREAM OF TOMATO SOUP
Resepi: My Own Style
Bahan:-
500 gm spaghetti - rebus dengan air dan letak beberapa titis minyak zaitun, dah masak toskan.
500 gm daging lembu kisar (*akak guna 400 gm daging kisar + 100 gm daging fresh yg dicincang)
3 biji kentang - kupas, rebus dan kisar bersama airnya.
1 labu bawang besar - dadu
5 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar cili kisar
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
2 tin Heinz cream soup of Tomato (*yg ni paling sedap, tp boleh tukar Kimball/lain)
4 cawan air
1 batang carrot - potong bulat
400 gm bunga kobis - potong kecil
1 biji green capsicum - dadu
1 tin cendawan butang - belah
(* ummi xda stok, guna hirisan cendawan kering - rendam)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh gula (optional)
garam
sedikit minyak zaitun untuk tumis
Bahan sampingan:-
Salad - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Daun sup dan bawang - hiris halus
Cili merah - hiris halus
Telor rebus - belah 2
Bawang goreng
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging benar2 masak. Masukkan sos cili, sos tomato dan kentang kisar. Kacau mesra dengan daging. Masukkan cream soup of tomato dan air. Bila mendidih, masukkan semua sayuran dan garam. (*boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat).
Cara Hidangan :-
Letak spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan2 sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba..!!!
8 comments:
sedapnya..akak mana akak beli alat yang nak bagi sayur tu cantik2?
omg.. sedapnye.. nyum3... nak try la.. x pn,, suruh bakal bini masak nnti.. ahaks!..;)
kak ummi!!!! nak spaghetti tuuuuu sedapnyerrrr!!! lama tak mkn spaghetthi! kalau kak liza leh bertambah tambah kita lagilah siap angkut periuk lagi! hihihi
kak ummi...
mcm dah lama je tak buat spageti...
tapi yg mcm kak ummi punya ni, tak penah buat lg...
mesti sedap ni, kl kak liza makan bertambah...heheheheh
salam kak ummi...
Ini kena terai versi akak nihh..macam tersedap jee nampak..hahaha...
dh msuk list nk try..... tq kak umi
I think its fabulous dear.
Kancilbiru -
Hehee..sebenarnya akak guna cutter tuk cookies tu jek..hehee..suka main2 mcm budak2 potong sayur..hehe
Amri -
Hahaa..bagus, bagus..sure dia pun suka nk hidang kat bakal suami tu..hehee
Ika -
Wahahaa..amboiih Ika, siap nak angkut periuk..xpa, siap basuh pastu antar balik periuk ek..
Azian -
Ntah la sedap ke tidak..hehee, tanya k.Liza..tp lg bagus try buat..kan, kan..
Mat Gebu -
wkmsalam..hehe..huk alooo, ayat ko mcm perli jek, "mcm tersedap" ek..try la dulu Mat..hehe
Anonymous -
Ok, jgn lupa bg feedback k..
Jay -
Haha, just so simple yet very nice!
Post a Comment