Thursday, June 24, 2010

Ayam Perap Masak Merah Madu

Ni lah lauk akak lawan dengan nasi minyak resepi Kak Wan tu...Akak jumpa resepi ni dalam Majalah SAJI...Kali ni masakan lain sikit sebab ayam perlu diperap sehingga 2 jam...selalunya kalau setakat masak merah ke, masak tomato ke..paling2 pun akak perap 20 - 30 minit jek..ni dah lebih 2 jam...balik kerja tengahari akak bersihkan ayam, tos kejap dan sediakan bahan perapnya yang sempoi jek...then perap dari kul 1.30 ptg - jam 6.00 petang la baru akak masak balik kerja...mmg berbaloi-baloiiii...heheee...akak masak sekor ayam tau tuk dinner, aleh2 tengok pagi dah kurang separuh jek ayam tu...dah la ayam potong 10, kira besar la kan..kena ratah dek anak2 ni la kot...heheee...Meh salin resepi...maleh tul nak kena taip ni...xleh copy laa dr majalah..huhuu..

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Majalah SAJI

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
  • 2 sb. rempah kari ayam
  • 1 sb. serbuk kunyit
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
  • 5 sb. madu
  • 1 sudu besar gula merah
  • 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)
  • garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
  2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
  4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
  6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
  7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

10 comments:

azila said...

sedapnya k.ummi..:)nak try gakla

..nOj.. said...

aduhh. kak lain kali masak panggil sy skali ek. meleleh2 dh air liur ni

Lady QisMar said...
This comment has been removed by the author.
Lady QisMar said...

salam perkenalan kak ummi. kite baru follow blog akak.ayam madu nih nampak menarik betul, baca blog akak menyebabkan kite rasa masak itu mudah dan cepat tapi hasil tetap sesuai untuk family yang suke makan.

Yatie said...

Salam K.Ummi,
WOW mmng sedap ni...mesti di cuba...klau dah siap Yatie beritahu dan jemput akak rasa masakkan Yatie...hi3...

Ray said...

Salam Kak Umi..

Hmm..pagi-pagi ni tengok ayam tu dah terliur. Weekend ni nak buat la! Nasib baik bahan-bahan nya semua dah ada kat rumah:D

Unknown said...

eerrmm semalam saya tunggu resepi ni laa..nanti nak buat saya tiru resepi akak ni je la ehh..masyih kak :)

CT Delima said...

Assalamulaikum K.Ummi, Miss U so much. terlalu windu dah tahap ultraman dah ni kak... hehehe. Selalu masuk dok curi resepi jer malam2 buta... hahahaha. K.Ummi jgn mare tau, kalau bgn pagi tu dapur berselerak, haaa... tu CT ler yang bongkar.. hahahaha.

Rasanya malam tadi CT kot yang curi ratah ayam masak merah tu? cuma xsedar jer... ampon K.Ummi...hehehehe. Semalam pun Ct buat gak Ayam masak merah buat tahlil anak beranak dan kesyukuran buat Along dan CM sekali. Ya lah Along dah nak pegi jauh dari CT dah... huhuhuhu

Watierman said...

Salam Ummi..manalah Ummi dapat kerajinan buat semua ni....hembus2kan sikit untuk Watie yang semakin malas ni!!

Azie Azizan::012-3457133 said...

wow, nampak sangat menyelerakan=)