Wednesday, June 23, 2010

Nasi Minyak - Resepi III

Ni resepi permintaan Najiha semalam....dia dah lama x makan nasi minyak dari air tangan mak dia ni haa...so akak pun sibuk2 la pulak nak try resepi nasi minyak yg lain dari yang pernah dibuat sebelum ni...Akak ronda-ronda dapur Kak Wan, terus sambar jek resepi nih...meh layan...Makan dengan ayam perap masak merah madu....teramatlah chheedap budak2 kata, x tau laa sedap ayam ke sedap nasi minyak nih! Hehee..layan je la eh...Terima kasih ya kak Wan..nak tumpang kopipes je nih...Akak buat lebihkurang half dari resepi ni..

NASI MINYAK - RESEPI III
Sumber: Kak Wan (Citarasawan)

Bahan:- (tulisan merah untuk sukatan yg akak buat)
  • 1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat) (akak masak 3 1/2 cawan)
  • 150 ml minyak sapi (akak tukar dengan 2sb. butter + 2 sb. minyak jagung)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 155 ml air (akak letak 4 cawan air)
  • 150 ml susu cair (akak letak 1/2 cawan jek)
  • 2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok (akak letak 1 kiub)
  • garam secukupnya
  • 80 gm gajus } - (akak tukar kismis)
  • 50 gm bawang goreng } bahan hiasan
  • 100 g pis hijau }
Bahan Penumis:
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
Bahan dikisar: (akak kisar separuh dr bahan di bawah)
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm kunyit hidup
  • 2.5 cm halia
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau.Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
  2. Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau sekali-sekala hingga menggelegak.
  3. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak.

2 comments:

azeefazfar said...

uish pepagi dah nampak nasik minyak akak terliur abis nii..nak buat banyak bahan takde stok pulak baru nak top up wkend nii..nak try nak try..masyih kak bg idea..kalau ada resepi ayam madu tu & acarnye skali lagi best..bole saya tiru sebijik2..

Miss Nina said...

Terima kasih atas resepi nasi ayam ini. Patut cuba! =)