Thursday, June 3, 2010

Blueberry Muffins - Resepi II

Satu lagi entry tertunda....buat pagi Ahad kelmarin untuk besday Najiha sebenarnya ni...hahaaa, dah basi kalu ada pun...sori la yaa...petang tu bz wat makan2 dengan family adik, then lepak2 sampai lepas maghrib baru diaorg balik...malam tu terus x jenguk blog..hari Isnin mlm baru nak letak entry ciskek hehee...hari selasa malam baru nak letak roti...ha ni Rabu malam baru nak letak muffin punya lak...balik kerja pun masak cincai je sebenarnya...sebab akak duk melayan hal anak2 la bila dah ada belaka kat rumah ni..hehee..Xpa la kan..u all faham kan, masa akak mmg x banyak sangat bila balik ofis...malam xleh lewat2 gak tituuun..hehee...nnt pening nk pegi kerja...Okay..layan resepi dari Kak Wan nih...Thanks ya Kak Wan, nak tumpang C n P je ler yaa...


BLUEBERRY MUFFIN

Bahan-bahan :

  • 125 gm mentega
  • 150 gm gula halus
  • 2 biji telur
  • 250 gm tepung kek/tepung serbaguna
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam
  • 70 gm susu segar/uht
  • 1/2 cawan inti blueberi
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya :
  1. Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.Masuk esen vanila.
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam,masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.
  4. Sudukan dalam cawan kertas. Isikan 1/2 cawan saja.Letakkan inti blueberi atasnya.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit hingga masak, (*akak buat acuan kecik dan bakar hanya 18 minit jek...)

2 comments:

indahhouse said...

salam kak ummi,
sedapnya muffin. er.. nak tanya kak, tepung kek tu tepung superfine? jakun sikit ni. hihii

Ummi said...

Indahhouse -
wkmsalam..hehe..tepung kek dgn tepung superfine lain Indah..tepung superfine tu lebih halus tu sebab dipanggil tepung halus...pernah jugak akak gunakan ntk buat kek coklat tp kena tambah serbuk penaik n soda laa..ok gak!