Tuesday, June 1, 2010

Strawberry Cheese Cake

Okaayyy hari ni akak letak resepi strawberry cheesecake yang akak buat tuk besday Najiha tu yaaa....resepi angkut dari dapur Hana ni...resepi asal dari dapur Kak Zai ni yang asal namanya Black Forest Cheesecake sebab Kak Zai guna pitted black cherries dlm tin tu.....filling boleh tukar la apa2 yang suka eh...akak kan, sebab nak wat sambut besday Najiha tu melilau rata kedai akak cari buah stoberi ni tau...last2 teringat satu kedai buah yang selalu dpt tempahan buat hamper dari kerabat istana gak laa..buah2 dia segar selalu...so boleh la menepek atas ciskek tu kasi meriah sikit...kalau wat makan bese jek, tak kuasa aiiih nak cari...hehee..letak je laa jam ke filling ready-made dah..boleh ngap je kan...hehee.. Tapi nak bagitau laaa..akak ada adjust bahan sikit, hehee...Thanks to both Kak Zai n Hana....Akak C n P dr dapur Hana la yea..

Ni kan alas loyang tu kedut2 sebab anak akak duk pusing2 nk amik gambor..habis berkereput kertas alluminium tu...hehee

STRAWBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahan (loyang bulat 8")
Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je (akak letak 300 gm ikut loyang akak)
  • 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g (akak ikut resepi asal)
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju (*akak letak 350 gm)
  • 165 gm gula kastor - letak 150g (akak letak 135 gm jek)
  • 1 sudu besar jus lemon (*akak letak 1 1/2 sudu besar)
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal (*akak ada stok 12 gm jek, nasib baik ok bekunya..hehe)
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Strawberry topping secukupnyer (*akak guna strawberry jam, bancuh dgn jus strawberry sikit, then tuang jek)
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil

Cara-cara:-
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Sediakan loyang bulat 8cm. (akak guna non-stick loose round pan)
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  3. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu. Ketepikan.
  4. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
  5. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  6. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais. Tuangkan adunan krim cheese td ke atas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam. (*aah..2 jam je dah ok beku)
  7. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (hana buat kaedah double boiler gune jem je)
  8. Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
  9. Potong bar ikut suka dan hidangkan.

9 comments:

CatlinaFly said...

salam kak..camno nak angkuk kek dari alumium foil ke alas kek tu?tak pecah ke kek tu?nanti jawab kat blog sy eh kak..tq..

MamaFaMi said...

Menangih tengok kek Ummi... tis tis tis airliur ku gugur ke bumi!

Aimmie Qistina said...

ya Allah-besarnya dugaan pada aku yg tgh posa ganti ni.........

azila said...

alahai..k.ummi..feveret niiiii..ni rasa nak p umah k.ummi lak ni ..:)

cik bella said...

aduh~ritu wat cheese kek xjadik~haha.jadik cam tepung talam.hik2

ain said...

sedapnya kak ummiiiiiii!!!

azian said...

kak ummi...
tak leh buat kek ni...
bahan tak dok kat jengka ni...mana la nak cariknya....huhuhu...

TopsyTurvyMum said...

fuhhh...mengancam betul cheesecake kak ummi ni..telan air liur je la..nak buat saya sorang je kot makan..org lain suka kek cekelat jerr..saya sorang makan, saya sorang makin gumuks huhuhu

psstt..selalu dapat word verification yg funny2 gitu kat blog kak ummi ni..hari ni 'brapp' haha

Anonymous said...

salam.
kak ummi..nama saya zana dr subang jaya..saya minat la dgn resepi2 akak..citer2 akak..vogue gitu..:-). ada soalan la pasal ciskek ni..bila sejukkan dlm peti ais tu..kat frozen ke?..dan lg..nak tutup dgn aluminium foil ke atau biar terbukak gitu..takkan la kot..confius sikit..eheh.. pls let me know ye kak ummi.. thanks. selamat berkenalan.