Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa

Salam dan selamat berhujung minggu....Di sini akak ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada abah kesayangan akak, Haji Zaihadi bin Elan khasnya dan suami akak serta para bapa di luar sana. Salam kasih buat abah yang telah banyak berjasa dan memastikan kami anak-anak abah dapat hidup sempurna, memberi ilmu agar kami hidup sempurna seperti sekarang ini...Abah, bagi pihak semua anak-anak abah, ingin Ummi nyatakan di sini, bahawa kami berasa sangat bersyukur dan berbangga mempunyai seorang abah yang tidak pernah jemu-jemu mendidik, memberi nasihat dan berusaha gigih untuk menyempurnakan segalanya mengikut kemampuan abah. Dengan limpah dan rahmatNya juga abah telah berjaya membesarkan kami 12 beradik dan jasa abah tidak akan terbalas oleh kami hingga ke hujung nyawa. Dengan itu, Ummi panjatkan doa buat abah dan tidak lupa emak yang telah memberikan yang terbaik buat kami semua....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, Engkau peliharakanlah mereka dan Engkau sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami anak-anak mereka semasa kecil. Ya Allah, Engkau limpahkanlah mereka dengan rahmat dan hidayahMu dan Engkau sejahterakanlah kehidupan kedua ibubapa kami di dunia dan di akhirat, amin, amin, Ya Rabbal 'Alamin..."

3 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

selamat hari bapa khas untuk abah akak dan semua ayah2 di serata malaysia

rindu gak dengan abah ayu di kampung

Uncle Lee said...

Hello Ummi, I da lupa its 'Father's day'...ha ha.
Best regards on 'Father's day' to your dad.
There's something like a line of gold thread running through a man's words when he talks to his daughter, and gradually over the years it gets to be long enough for you to pick up in your hands and weave into a cloth that feels like love itself.

Have a beautiful weekend, Ummi, Lee.
By the way, does your mom chew 'serai'? ARHAAAA HA HA.

hana said...

epi fathers day wat ayahanda akak dan jugak abg Nu... huhuhuuu rindunyer ngan abah kiter!