Friday, June 18, 2010

Kek Marble Trio

Salam Jumaat yang barakah, penghulu segala hari...rasa rindu pulak akak nak letak entry resepi..x habis2 letak entry cuti-cuti Malaysia je ek...mesti ada yang nak muntah tengok..heheee, xpa lah entry keriangan keluarga pun salah satu entry penting di Home Sweet Home...yang duka kita buang jauh2 la x elok simpan kan...hidup kena riang dan bersyukur selalu baru awet muda kan, hehee...macam lah yg cakap ni awet muda erk, perasan jek..jangan muntah eh....telan kek ni dulu...Kek ni akak buat masa nak pi KL hari tu makan-makan rumah adik di Gombak. Kalau tengok nama kek ni pun tau kan dari mana datangnya....yup, betuiii, betuiii, betuiii...dari dapur Mat Teko (*ahaksss!!) yang suka wat roti dan kek gebu-gebu...so pakat-pakatlah panggil Mat Gebu, hehee...Tapi akak punya ni keknya xdalah gebus terlerai cam Mat tu agaknya sebab guna telor gred B jek, apapun memang harum dan sedap kek ni...layaaannn....Mat jangan marah tau, nnt sakit gigi, xpun tumbuh siung...hehee, C n P je ya Mat, time kasih...


KEK MARBLE TRIO

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
  • 280 g tepung gandum*
  • 1 camca besar susu tepung*
  • 1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
  • 5 biji telur gred A (*akak guna gred B, letak 5 1/2 biji..hehe)
  • 1 camca besar ovallate
  • 250 g gula halus
  • 30 g gliserin*
  • 20 ml air*(*disatukan)
  • 1 1/2 camca teh coklat emulco
  • 1 camca teh strawberry emulco
  • 1 /2 camca teh rose essence
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

gambar ni diambil ketika adik akak hidang kat meja dah ni..tinggal nak ngap jek...

fresh from oven....kat belakang tu, ciskek menyoroksss...hehe

7 comments:

MamaFaMi said...

Mi...kek dak Mat ni memang sedap kan Mi. Tapi kan, tengok Ummi punya kek ni, naper eh macam teragak nak makan icecream nepolitan tu plak eh? Hihihi...

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
Uikk mama, kan main puji...naik 2 kg dah punggung ai, kiri = 1 kg, kanan = 1 kg..hahaha...kek tu kan kak, kalau guna telur B mmg dia kurang besar...tapi tetap lembutttt...awww!!, rak relaa ai..hahaha

Anonymous said...

salam kak ummi...memang sedapkan kek marble trio tu...saya pun dah dua kali buat kek ni...anak2 memang suka...

ijayuji said...

Kak ummi!!! dtg malam2 niii kalau yer pun yg sebuku tu antorlah siam haih! byk betul buat kek, makin kembang lah kita mcm ni :D

Jayanthy Kumaran said...

Dear Ummi,

You have a lovely collection of recipes...Cake looks divine..!

Ummi said...

MamaFaMi -
Aah mmg sedap, celup teh O pn best..hehee, huk alaa Mama ni mst nak kasi kita ngencess la ni, mst tengah makan eskrem nepolitan tu..xpa kang Ummi beli Wall's Double Dutch tayang kat Mama..hahaha

Mat Gebu -
Wakakaaa..ko ni asyik naik je punggung, bila nk turun kilo ntah..ya laaa..ko punya kek semua telor A, akak dah "desperate" (aiihh..desperate gak..hehe) sgt nak buat, tibaii je la telor B pun.

Ima -
Aah la Ima, akak pun rasanya kena buat lgk..hari tu bawak makan ramai2, x puas laa..hehe

Ijayuji -
Uiikk malam2 dah nk tdo, nak makan kek lg ke..mmg tu la punca kita akan mengambang dan gebus cam kek..hahaaa

Jay -
Hi Jay, thanks! Mine just a simple and ez ones..Telling the truth, this one was really heaven!! ^__^

Lee said...

Hello Ummi, I love this cake! Its beautiful....ini agak2 5 slices boleh jadi with me, ha ha....with iced coffee too.

Ummi, I have just added that 'Elvis Presley pound cake' recipe and 'Rose, Rose I love yo' recipe.
If you try, let me know....I take the bus come over, ha ha. Have a nice day, Lee.