Saturday, June 12, 2010

Ikan Masak Tomato

".... AKAK DAH BALIIIKKK...NANTI AKAK UPDATE EH..MACAM MALAS JEK..HEHEE.."

Yuhuuuu...satu lagi lauk yg akak sempat masak sebelum bercuti-cuti Malaysia....ok, auto-published entry lagi la ni...tuan rumah xda....hehee..kalau tak letak kang, lagi banyak yang tertunggak menu akak ni...So, masa u all tatap lauk ni agaknya akak tengah sakan shopping ke, jalan-jalan ke, makan-makan ke kat KL ni...program macam banyak je diatur...Resepi akak ceduk dari dapur Shima ibu kepada baby Myra yang comel tuh....dah macam model jek bergaya..hee..Shima, thanks eh, akak C n P je la kat sini. dengan sukatan bahan ikut akak ni yea....ok, buatlah macam rumah sendiri sepanjang akak takde...lauk ada tu, nasi masak sendiri ek...hehee, kita jumpa next week eh..insyaAllah

IKAN MASAK TOMATO
Sumber : Shima's Fotopage

Bahan:-
  • ikan merah/tenggiri/apa2 ikan (akak buat untuk sukatan 2 keping ikan - agak2 la yea)
Bahan Sos Tomato:-
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 1 biji bawang besar - dihiris kasar/potong bulat
  • 3 tangkai cili padi - diketuk
  • 2 biji tomato - dibelah 6
  • 2 sb. sos cili
  • 3 sb. sos tomato
  • 1 kiub serbuk pati ayam
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit daun ketumbar - dicincang
Cara Memasak:-
  1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air, sos cili dan sos tomato.
  4. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam. Gaul mesra.
  5. Masukkan ikan dan masak hingga kuah agak pekat.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar, buah tomato dan cili padi.
  7. Biar sekejap dan tutup api. Hidang dan taburkan daun ketumbar.

5 comments:

Jay said...

nice try dear...very colorfuln tempting.
And, hope you'l be interested to participate in my ongoing event
I Love My Dad!
check out
http://tastyappetite.blogspot.com/2010/06/i-love-my-dad-event-announcement_11.html

EDDIE YUSTIN said...

ini yang nak kena try .suruh orang rumah masak.Salam kak
boleh izinkan saya linkkan blog akak

azila said...

salam k.ummi..akak kat kl ker???jom dtg putrajaya:)

~asha~ said...

bestnye kat sini..mcm2 resepi ada...sgt menyelerakan..


...............................
kak..boleh pinjam gambar keropok lekor akak yg akak buat tahun 2007?

Shidiey said...

First time try... serious sedap... Thanks sebab berkongsi resepi ni.. ^_^