Thursday, June 10, 2010

Strawberry Chantilly

Okaayyy untuk makluman akak akan mula bercuti hari ni...igt lepas zohor nnt kunci rumah dah laa..heheee, so sampai Ahad la...kalau rajin, tolonglah tengok2kan dapur akak ni yea....kalau nmpak ular mcm kat rumah Mat tu, panggil Bomba cepat tau...Mat saja laa..dia suka tenung2 dulu mata ular tu..hahahaaa.(*ampun Mat, ada la kena belasah dgn Mat balik bercuti nnt). Ni bercuti pun sian kat anak2 remaja akak tu, ya laa, diaorang cuti semester dah lama pun akak x pi jalan mana2 sebab Aiman sekolah, ni pun dlm cuti dia ada xtra class for UPSR..huhuu..so esok kira ponteng la satu hari....pagi ni dia still pi class laaa...hehe...

K la nak tayang kat u all dulu Strawberry Chantilly yang akak buat untuk Kak Intan yang x jadi datang tempohari...so Kak Intan, mai la jenguk2 tengok...sedap ni tau, anak2 bantaiiii habis...hahaaa. Resepi asal dari Majalah SAJI, tp cara buat mmg dah banyak lari dari resepi asal ya, sebab nak cepat laa..biasa la tu kan, buat ni pun, kebetulan nak menghabiskan stoberi lepas wat ciskek besday Najiha tu...ok layaaan eh...kira ni menu eksperimen yang tak mengecewakan langsung..anak2 suka sgt! Dapat pun 5 bekas jek...ngeeee

Walaupun bercuti, akak akan letakkan auto-published entry untuk menu tertunggak sehari dua baru ni eh...xpun lg byk tertunggak nnt..hehe...Maaf akak x sempat nak respon kat shoutbox or comment box tu...

STRAWBERRY CHANTILLY
(Adaptasi dari Majalah SAJI dan diubahsuai caranya)

Bahan Lapisan A:-
  • 100 gm puri strawberi (*akak kisar 10 biji strawberi)
  • 20 gm gula kastor
  • 10 gm serbuk gelatin
  • 50 ml air panas
Bahan Lapisan B:-
  • 100 gm gula kastor (*akak letak 80 gm jek)
  • 2 biji kuning telor
  • 200 gm krim putar (whipping cream)
  • 7 gm gelatin (dibancuh dengan 3 sb. air panas, kacau larut dan ketepikan)
Bahan Lapisan C:-
  • 200 gm buah strawberi (*akak letak 20 bj yg sedang2 saiznya) - dikisar dgn sedikit air saja, jadikan puri.

Cara Membuat:-
  1. Lapisan A: -Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul2.
  2. Dalam mangkuk lain, kisar buah strawberi bersama gula dan jadikan puri. Ketepikan.
  3. Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul-ketul.
  4. Terus tuangkan ke dalam buah strawberi tadi...kacau sebati.
  5. Lapisan B:- Dalam mangkuk lain, putar gula dan kuning telor hingga sebati.
  6. Kemudian masukkan whipping cream. Putar lagi.
  7. Bancuh gelatin seperti cara di atas dan tuangkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
  8. Sediakan mangkuk dessert yang sesuai dan tuangkan 1/4 cawan lapisan A.
  9. Kemudian perlahan-lahan letakkan pula 1/4 cawan lapisan B.
  10. Akhir sekali, letakkan 2 sudu besar bahan lapisan C.
  11. Sejukkan di dalam fridge dan hidangan dengan hiasan potongan buah strawberi.
sedap dengan puri strawberi masam2 manis serta lemak berkrim...disukai ramaii..hahahaa

9 comments:

JaSSNaNi said...

salam k.ummi... :D
Udah ler tengah demam ni.. nampak lak dissert masam2 manis ni.. terus terliur kak.. mai la antar secawan.. tingin nak rasa..
Baik demam sok baru leh try wat resepi ni.. tapi tak tau larat ke tak nak panjat tesco cari strawberi ni.. uwaaaa.... (ngalah orang ngidam kan.. muaaahahahaha)

azian said...

kak ummi...
yummy!!!
nampak sedap, apatha lg kalau makan...
sy ade tag akak di blog saya...
heheeh

cikmin said...

salam kak ummi...selamat bercuti ye..semoga hepi2 bersama keluarga tercinta... :)

ain said...

sedapnya kak ummi!!! rugilah kak intan tak dpt merasa.hihi

happy holiday kak!!!

indahhouse said...

salam kak ummi,
Fuh... srius terliur saya kejap. mana nak cari strawberry ni...huhu..
Happy weekend kak ummi...

Jay said...

I think its fabulous Ummi.

ZaiY said...

salam k.ummi..nmpk super sedap tu, xleh jd ni, pepehal pun kena copy resepi dulu, hahah..thanks k.ummi.

ijayuji said...

Salam kak ummi! selamat bercuti cuti, bwk keta slow2 semoga perjalanan akak selamat n sentiasa dlindungiNya insyaAllah.. menu ni harus masuk list tp kena guna lain tak leh guna strwberry :D

PearlnScarf said...

mengancam jugak resepi k ummi nie... harus try