Friday, June 4, 2010

Omelet Cendawan Tuna

Taraaa...ni lauk yang dah jadi arwah malam tadi punya dinner....malam ni baru leh masukkan...aiihh sian u all ek..xdan nak mengajak makan, dah habisss...tp tu laaa...masa akak mmg terhad sangat....hehee...nasib la yea..kena jamu mata jek....xpun pi la buat..ni kalau letak aras roti then letak sos cili n mayonis pun sedap nih! Ni cakap orang ala-ala diet tp bila makan x sedar diri.....huk alaaa...Resepi dari majalah SEDAP lagik...jangan heran la yea..akak mmg masak yang sedap2 jek..yang x sedap x layan...hehee..sebenarnya resepi asal kena gulung telor ni..tp akak x kuasa la pulak..leceh, nak cepat2 jek, Aiman kena makan awal...ni resepi n cara asal k..

OMELET CENDAWAN TUNA

Bahan:-
  • 4 biji telor - dipukul ringan
  • 1/4 labu bawang besar - cincang halus
  • 1/4 biji lada benggala hijau - potong dadu kecil
  • 1 tin (185 gm) tuna (akak guna Tuna Mild)
  • 50 gm cendawan butang dlm tin - hiris halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan mentega tawar untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan mentega dalam non-stick pan dan tumis bawang besar dan lada benggala hingga layu.
  2. Masukkan tuna, cendawan butang, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata dan angkat.
  3. Pukul ringan telor bersama garam dan lada sulah. Tuangkan dalam kuali rata. Kacau-kacau seketika.
  4. Taburkan dengan tumisan di tengahnya. Gulung dan biarkan masak.
# Cara akak - Langkah 2, akak tak angkat keluar pun tumisan, tp terus je tuangkan telor ke atas tuna n cendawan semua tadi dan ratakan adunan telor. Kecilkan api, tutup kuali dengan tudung periuk dan biarkan telor masak keseluruhannya lebih kurang 3 - 4 minit. Angkat dan hidangkan.

3 comments:

indahhouse said...

salam kak ummi,
bagus jugak ni, wat dinner... suka omelet bercendawan nih..

JC said...

Salam kak ..omelett ni makanan kegemaran I...hampir tiap ari mkn omelett + cendawan lg le yummy...accept tuna...tk mkn

PearlnScarf said...

telur... best2