Thursday, February 28, 2008

Puding Cocoa Oreo

Dah lama simpan resepi dari Maklang FP ni..nampak sedap...(*memang sedap pun). Anak2 ummi ni memang lee.. kalu yang coklat2 gini diaorang suka...Tk maklang.

Bahan:-
1 paket serbuk agar-agar (ummi guna 13 gm)
1 liter air
250 gm gula
1 cawan susu pekat manis
100 ml whipping cream
3 sudu besar serbuk cocoa
3 - 4 sudu besar air panas
10 - 12 keping biskut oreo - hancurkan

Cara Membuat:-
Campurkan air, agar2 dan gula dalam periuk. Masak hingga agar2 larut. Tambahkan susu pekat manis dan biarkan mendidih, kacau perlahan dengan whisk. Sementara itu, campurkan serbuk koko dengan 3 sudu air panas tadi, kacau hingga sebati. Ketepikan. Pukul whipping cream hingga benar2 lembut dan bertanduk. Bila agar-agar telah mendidih, angkat dan kacau perlahan. Biarkan sejuk sikit.

Masukkan whipping cream tadi perlahan-lahan ke dalam adunan agar2. Kemudian bahagikan agar2 kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibubuh campuran coklat sebanyak 1 sudu, kacau rata-rata. Satu bahagian lagi dibubuh 2 - 3 sudu besar coklat tadi, biar agak pekat. Selepas itu, tuangkan adunan yang pekat dulu ke dalam bekas yang telah dibasuh dengan air sejuk. Taburkan sebahagian serbuk oreo rata-rata. Biarkan keras sedikit, baru tuangkan adunan agar2 coklat yang nipis sikit (1 sudu adunan coklat). Tabur lagi lebihan serbuk oreo di atas agar2. Sejukkan. Potong ikut citarasa bila menghidang.

4 comments:

Dayang said...

mmg xdpt lah nak anta msg,oggix kakmon pun sama gak.boring ler mcm nih.xdpt nak bckp dgn ummi.adoi sakit jari menaip byk kali xgak tersent msg!

anyway puding tu mtk ckit.mesti sedap nih

drNO said...

kak ummi ku sayang.....menarik hati sungguh puding tu.....puding tu n kek marble trio tu dah masuk buku...list of food to try...

Dayang said...

ummi,dyg xdpt anta msg kat oggix tu.knp? sedih ler

Ummi said...

dayang - lah sian dia..ada problem kat pc dayang kot...xpalah msuk kat komen pun ok, jgan sedih ek, ummi terpaksa tukar, ari tu msjbox wat hal, rupanya Jie kata mmg hari timbul problem tu, sume msjbox wat hal, tp dah tukar, biar je lee...puding ada sikit lg..meh lee rasa..

drNo - wahaha...jgn x buat dah..q pjg dah tu..heheh..nnt anta sini sikit ek..=D