Tuesday, February 19, 2008

Blueberry Scones


Dah 2 3 hari dah beli fresh blueberry cadang nk wat scones ni...resepi Martha Stewart, emm fast n ez..tu yang suka nk try tu...anak2 suka, ibu setuju!!! hahah...cam iklan tu..

Bahan:-
2 cawan tepung serbaguna
3 sudu besar gula kastor
(*tambahan lg sedikit (2 sudu besar) untuk taburan atas scone)
1 sudu besar baking powder
3/4 sudu kecil garam
6 sudu besar butter sejuk - potong kecil2
1 1/2 cawan fresh blueberries - basuh dan tos
1 sudu kecil kulit lemon - parut
1/3 cawan heavy cream (*ummi guna whipped cream je)
(*lebihkan sedikit lagi untuk sapuan atas scone)
2 biji telor saiz besar - pukul sikit

Cara Menyedia:-
Preheated oven 200 Celcius. Sediakan loyang yang telah diletak baking sheet. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung, 3 sudu besar gula, baking powder dan garam. Campurkan potongan kiub butter, blueberries dan parutan lemon. Dengan menggunakan whisk, adun cream dan telor. Buat bulatan dalam adunan kering tadi dan tuangkan campuran cream. Kacau perlahan hingga doh sebati (*jangan uli terlalu lama, akan menyebabkan scone kering dan keras).
Alihkan adunan ke permukaan yang telah ditabur dengan sedikit tepung dan uli sikit biar sebati. Kemudian canai perlahan menjadi saiz empat segi selebar 6" dan 1 1/4" tebal. Menggunakan pisau yang telah dilumur dengan tepung, potong doh selebar 3" segi empat. Kerat pula doh kepada dua menjadi bentuk tigasegi. Buat sampai habis. Alihkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Sapu bahagian atas scone dengan cream dan tabur gula. Bakar hingga kekuningan selama 20 - 25 minit. Sejukkan.

2 comments:

cikscarlet said...

sedappppppppnyer, nak cubelah

ummi said...

cikscarlet - emm, boleh tahan, cuba jgn x cuba ek..