Wednesday, February 20, 2008

Sambal Udang Bersantan

Dah lama x makan sambal udang...my fmly favourite ni...tp yang ni lain sikit..taruk pati santan la pulak, sedap sikit kan...

Bahan:-
1/2 kg udang sederhana besar
15 tangkai cili kering - kisar
8 ulas bawang merah - kisar
1 ulas bawang putih - cincang/hiris halus
4 sudu besar gula
1 labu bawang besar - potong bulat
2 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan santan
garam
belacan (optional)

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu kekuningan. Masukkan cili dan bawang merah kisar. Kacau dan masak hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan gula. Masukkan udang, kacau sekejap. Masukkan santan, kacau rata dan perlahankan api. Masak hingga naik minyak kemerahan. Angkat.

4 comments:

MamaFaMi said...

Ini kalau makan dengan nasi lemak ni, mesti terangkat... makin berlemaklah lemak di dalam badan... hahahaha...

Anonymous said...

kalu letak potai, lagi sodap..pehh. tak cukup nasi, makan dengan cekodok..

a2b

I Cook4Fun said...

Sedapnya sambal udang. Pagi pagi Ummi dah buat I lapar :)

ummi said...

mama - aa memang terangkat pun..hehe..sesekali kasi lemak lagi berminyak, makan x ingt apa dah!!

a2b - ummi jarang letak petai, hubby n kids x suka lah..kalu nak kena asingkan pulak..hehe..

Gert - Lapar ek? hehe..bawak mai nasi, ambik lauk kat sini..hehe