Monday, February 11, 2008

Ayam Kalasan Goreng Pedas


Resepi ni ummi buat masa berkunjung ke rumah adik di Gombak baru2 ni...dah dia suruh ummi masak, sebab dia bz dengan baby...alamak! datang jauh2 kena masak gak..xpalah, diaorang dah lama tak merasa air tangan ummi katanya...hehe. So ni antara resepi dinner masa ummi baru sampai Gombak khamis lepas...

Bahan:-
1 kg. paha ayam (kalu suka, buang tulang)
2 1/2 cm halia - kisar
3 batang serai - kisar
200 gm bawang merah - kisar
60 gm bawang putih - kisar
1 liter santan
40 gm cili boh (*ummi guna cili kering)
10 gm serbuk kunyit
20 gm gula
garam secukup rasa
1 cawan kelapa parut

Cara Memasak:-
Rebus ayam bersama bahan kisar, kelapa parut dan santan atas api perlahan hingga ayam lembut. Tambah gula, garam dan masak lagi. Bila mendidih dan agak pekat, asingkan ayam dari kuahnya. Goreng ayam yang telah diasingkan selama 5 minit dan angkat bila kekuningan. Teruskan masak kuah hingga naik minyak dan benar2 pekat dan tuang ke atas ayam. (*ummi adjust sikit, ambil kuah pekat tadi dan goreng ke dalam minyak ayam sebentar biar berserbuk dan berkerak dan gaul dengan ayam tadi.)

No comments: