Saturday, February 2, 2008

Pengat Tepung Pulut Dengan Sagu

Hari ni seharian hujan je kat Kuantan ni...nk pegi jalan pun x leh, igt nak pergi ke Pusat Rekreasi Balok, Beserah tengok Kitesurfing n Windsurfing Eco Challenge, emm hujan lebat sangat..so jalan ke dapur je lah.. heheh...ni wat pengat tuk minum petang tadi..resepi dari MR...selalu ummi wat pengat butir nangka, tapi yang ni lain sikit bentukkan tepung pulut tu..kasi lekuk tengah la pulak..apapun, pengat/bubur camni kegemaran hubby...

Bahan A:-
1 ketul gula melaka - potong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan pati santan (*ummi guna 2 cawan)
250 gm biji sagu - basuh dan toskan
1 jag air (*ummi letak 2 cawan santan cair)
2 helai daun pandan - simpulkan
sedikit garam

Bahan B:-
1 1/2 cawan tepung pulut
air secukupnya (*ummi letak pewarna hijau pandan)
sedikit garam

** Uli bahan B hingga menjadi doh dan bulat-bulatkan doh sebesar guli dan tekan di tengah sehingga lekuk. Buat sampai habis dan ketepikan.

Cara Memasak:-
Didihkan air/santan cair dalam periuk bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Masak hingga gula larut dan mendidih atas api sederhana. Masukkan pati santan dan kacau sekejap. Masukkan tepung pulut tadi dan masak hingga kenyal. Akhir sekali masukkan biji sagu dan garam. Masak hingga sagu menjadi jernih dan masak..Siap (jika pekat, boleh tambah sedikit lagi air panas).

4 comments:

siti said...

k.Ummi, orang kelate panggil "kepek idung" kut pengat ni...hehehe...betul ke tidak aku ni..

Nina Suria said...

salam pagi minggu, huuui ni kalo masuk dlm peti es 2 pintu kakmOn lepas tu makan taim tengahari bolong, pasti tak nampak mak mentua lalu bakang :D

kakmOn suka makan bubur ni yg dorg tambah keledek, ubi manis dan pulut yg mcm2 kaler.. sedap ya ampun

Ummi said...

siti - pasal apa lak kepek idung panggil pengat ni..yg buat tu asalnya mmg kepek idung dia kot..hehe..apa2 je lah siti...janji sedap..hehe

kakmOn - Lah! mana nk nampak mak mertua lalu belakang, dia lalu kot depan, apa kakmOn pdg belakang..Jangan Pandang Belakang (*ni filem seram boxoffice kat Semn. M'sia ni thn lepas, tp ummi x tgk pun..eee x main le seram2 ni). Kat sini kalu tmbh segala macam tu, panggil bubur chaca kakmOn..ya lah chacha merba..hehe

siti said...

k.ummi > maksud siti, ada sejenis kuih Kelantan namanya Kepek Hidung..tapi tak tahulah yang mana...hihi..