Friday, February 22, 2008

Chili Pesto Chicken Pasta (Bow Tie Pasta)

Semalam ummi prepared simple dinner je..sebab bz ada tempahan triffle n muffin dari jiran nk bercuti ke Putrajaya..Resepi ni ummi cilok rmh Zaliana - Journal Rasa. Memang sedap...Za, thanx for sharing, really liked it!
Tapi beselah, kadang2 tak sempat nk posting, malam ni baru berkesempatan, sementara tunggu bersiap nak pergi rombongan dah ni. Sekejap lagi kul 10 mlm dah nak naik bas... Bye sume..ummi cuti-cuti Malaysia ke Kelantan dan Terengganu ek..Happy weekend to all, muaahhh!!
Bahan:-
375 gm bow tie pasta - rebus dan toskan (jangan sampai hancur, x cantik bow tie nnt)
3 batang sosej - potong 1.5 cm
200 gm sii ayam - potong kecil
2 tangkai cili merah - buang biji dan cincang halus
6 helai daun bawang - potong halus
3 ulas bawang merah - mayang
1 ulas bawang putih - mayang
2 biji tomato - (ummi guna ceri tomato)
1/4 cawan tomato puree
300 ml susu segar
sedikit keju parmesan
garam

Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan sosej dan isi ayam, kacau hingga masak. Masukkan separuh dari cili merah dan separuh daun bawang. Tambahkan tomato puree dan tomato. Kemudian masukkan garam dan susu segar. Kacau sekejap. Tutup api dan parutkan keju parmesan atas kuah tadi. Hidangkan bersama pasta tadi dan taburkan lebihan cili merah dan daun bawang. Selamat Mencuba!!

4 comments:

MamaFaMi said...

So cute kan rupa pasta reben tu...

ummualhanafi said...

ummi, biar simple janji berkhasiat!
:D

ummi said...

mama - aa cute..sesekali tukar pasta camtu..my kids were so excited..igt rasa cam apa agaknya..hehe..

ummualhanafi - hai, salam kenal, aa simple dan berkhasiat..itulah pilihan akak yang bekerja ni..sesssuaaaii sgt2

Wan Rozain said...

Ummi, terkejut menerima undangan utk melawat blog ini...tak tau pun sebelum ini. Syabas dan tahniah diucapkan. Dah banyak artikel rupa2nya.
Nanti sy baca semuanya dan cetak mana yang berkenan dihati...