Thursday, February 28, 2008

Puding Cocoa Oreo

Dah lama simpan resepi dari Maklang FP ni..nampak sedap...(*memang sedap pun). Anak2 ummi ni memang lee.. kalu yang coklat2 gini diaorang suka...Tk maklang.

Bahan:-
1 paket serbuk agar-agar (ummi guna 13 gm)
1 liter air
250 gm gula
1 cawan susu pekat manis
100 ml whipping cream
3 sudu besar serbuk cocoa
3 - 4 sudu besar air panas
10 - 12 keping biskut oreo - hancurkan

Cara Membuat:-
Campurkan air, agar2 dan gula dalam periuk. Masak hingga agar2 larut. Tambahkan susu pekat manis dan biarkan mendidih, kacau perlahan dengan whisk. Sementara itu, campurkan serbuk koko dengan 3 sudu air panas tadi, kacau hingga sebati. Ketepikan. Pukul whipping cream hingga benar2 lembut dan bertanduk. Bila agar-agar telah mendidih, angkat dan kacau perlahan. Biarkan sejuk sikit.

Masukkan whipping cream tadi perlahan-lahan ke dalam adunan agar2. Kemudian bahagikan agar2 kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibubuh campuran coklat sebanyak 1 sudu, kacau rata-rata. Satu bahagian lagi dibubuh 2 - 3 sudu besar coklat tadi, biar agak pekat. Selepas itu, tuangkan adunan yang pekat dulu ke dalam bekas yang telah dibasuh dengan air sejuk. Taburkan sebahagian serbuk oreo rata-rata. Biarkan keras sedikit, baru tuangkan adunan agar2 coklat yang nipis sikit (1 sudu adunan coklat). Tabur lagi lebihan serbuk oreo di atas agar2. Sejukkan. Potong ikut citarasa bila menghidang.

Kek Lapis Trio

Kek ni sebenarnya ummi buat malam kelmarin, tapi x sempat nk posting.. Resepi asal dari Mr Mat Gebu kita ialah kek marble trio, tapi dapat kat ummi, jadi lapis trio je, sebab ummi pusing dengan chopstick tu x berapa sangat..hehe..tapi rasa tetaplah sama..memang sedap...gebu n moist gituuuu..Tk lah Mat for sharing..

Bahan:-
300 gm mentega - suhu bilik
280 gm tepung halus* (*ummi guna superfine)
1 camca teh serbuk penaik *
1 camca besar susu tepung * (satukan bahan bertanda *, ayak)
5 biji telor gred A
250 gm gula kastor
1 camca besar ovallete
30 gm gliserin
20 gm air
1/2 camca teh esen vanila
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca eh chocolate emulco

Cara Membuat:-
Pukul mentega hingga kembang. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi. Gaul rata. Ketepikan. Dalam mangkuk lain, satukan telor, gula dan ovallete. Pukul adunan hingga kembang dan gebu dengan kelajuan tinggi (seperti adunan bauhulu). Perlahankan speed, masukkan adunan mentega dan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul rata.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dengan chocolate emulco, satu lagi strawberry emulco dan satu lagi adunan kosong yang dicampur esen vanila. (*boleh juga tukar perisa kegemaran masing2). Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 in dengan mentega dan alas dengan keras minyak. Tuangkan adunan kek mengikut warna secara berselang seli. Bila sudah siap, ambil chopstick/sudu dan buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. (*jangan terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan). Bakar dalam oven dengan suhu 175 C selama 40 - 45 minit/hingga masak.

Nasi Minyak Hujan Panas

Ni hidangan untuk makan malam ni...senang je, simple punya...resepi dari MR gak ni...memang sedap! Tapi ummi masak half je dari bahan asal dan makan dengan ayam masak pedas serta acar timun darat.

Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit.
5 cawan air
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau dan kuning

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

Ayam Masak Pedas

Resepi dari MR ni..sengaja cari masakan pedas2 ni..my kids' favourite ni....ada la rasa lain sikit dari bese. Selalu masak pedas, kena goreng dulu ayam..yang ni x payah, terus masuk je sekali dalam periuk...mudah kerja..ada rasa2 cam masak dendeng lak...

Bahan:-
1/2 kg ayam
2 batang serai
sedikit lengkuas - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1/2 ulas bawang besar - kisar
15 tangkai cili kering - kisar (*ikut citarasa pedas)
sedikit cuka/air asam jawa
4 - 5 sudu besar gula
garam
sedikit air (jika perlu)
sedikit kicap (*ummi letak 4 sudu besar)

Cara Memasak:
Tumis bahan-bahan yang telah dikisar, kacau sekejap. Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air. Masak ayam hingga mendidih dan naik bau. Masukkan air asam jawa/cuka, gula, garam dan kicap. Kacau dan biarkan mendidih lagi dan kuah pekat. Perlahankan api dan reneh sedikit lagi. Tutup api.

100 Top Mom Blogs From Kak E..TQ!! Muaahh!!

Tak terkata, bila dijemput oleh kak-e lagi untuk mengambil award ni yang asalnya dihadiahkan oleh anak kak-e, Baby dan dipanjangkan kepada semua wanita yang telah menjadi ibu....Atas nama cinta ke apa ke kak-e? Hehe... Tk banyak menjemput ummi lagi naik ke pentas bagi penghargaan untuk ummi yang tak seberapa ni (*kena tanya anak2 ku, ibu mithali ke, ibu menyesali aku ini..ahaks!!), sori lah lambat sikit ambik...minggu ni memang bz giler... mengalahkan penamaan calon...macam kena kerahan tenaga la pulak..hehhe...tk banyak-banyak kak-e...emmm "dialah di hati"...muaahhhh!!

Tuesday, February 26, 2008

Ikan Kembung Stim Portugis

Tadi balik keje singgah kedai, tengok ikan kembung segar2, pejal je lagi..so dlm kepala terbayang resepi ni lama dah nk buat...resepi dari majalah ni...sedap je bau bila kena stim ikan ni.. emmmm..seleranya makan nasi..rasa cam duk kat Portugis heheh...

Bahan:-
2 ekor ikan kembung - bersihkan.
3 ulas bawang putih - kisar
2 ulas bawang merah - kisar
2 inci halia - kisar
8 biji cili padi - kisar
1/4 cawan air asam jawa
sedikit belacan - kisar
1/4 sudu kecil gula
garam
4 helai daun limau purut
2 batang serai - ketuk
1 lembar daun pisang (*ummi xda ni)
1 keping alluminium foil

Cara Memasak:-
Masukkan ikan tadi ke dalam alluminium foil yang telah dialas dengan daun pisang. Ketepikan. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula. Seimbangkan rasa. Kemudian tuang atas ikan tadi dan susun serai dan daun limau purut ke atas ikan. (*boleh juga tabur cili padi yang diketuk sikit ataupun hirisan cili merah sebelum di stim). Tutup ikan dengan alluminium foil dan kukus selama lebihkurang 15 minit/hingga ikan masak.

Sayur Lemak Terung Dgn Tempe

Ni lauk dinner malam ni..balik keje, tergesa2 je masak...x terfikir pun nk masak ni..ntah, tiba2 je jadi sayur ni..heheh

Bahan:-
1 atau 2 biji terong panjang - belah dua dan kerat
2 cawan santan pekat
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang putih - mayang
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 - 6 ekor udang basah
1 keping tempe - kerat dan potong 1 inci
1 biji cili merah - potong serong
garam

Cara Memasak:-
Dalam periuk masukkan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit, tempe, cili dan santan. Masak atas api sederhana sambil kacau perlahan-lahan. Bila mendidih masukkan udang dan terung. Masukkan garam dan kacau-kacau lagi. Bila agak mendidih sedikit, tutup api. Kacau-kacau dulu sebelum tinggalkan periuk agar santan tidak berkepala.

Kari Telor

Ni pulak ummi pnya menu tghri isnin kelmarin...anak2 nk makan sweet n sour egg, ummi x berapa lalu, so wat kari telor le nak pedas2 sikit..fridge memang kosong, xda langsung ikan ke, ayam ke..heheh..maleh lg nak g kedai...tp berselera lak makan kari telor ni..hehe..(*kira hari telor sedunia le kat rmh ummi ni..=D ). Ni kira habis sempoi pnya kari...

Bahan:-
4 biji telor - rebus, kupas kulit dan goreng dlm minyak sebentar.
3 sudu besar rempah kari ) * bancuh
1 cawan santan pekat ) bersama
1 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang merah - mayang
1 ulas bawang putih - mayang
1 cawan santan cair
2 biji ubi kentang - kupas dan potong kiub
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
garam
sedikit minyak


Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan rempah kari bersama santan tadi, kacau sebentar. Masukkan cili kisar dan serbuk ketumbar dan kacau hingga kari benar2 masak dan naik minyak. Masukkan kentang. Bila setengah masak masukkan santan cair, garam dan telor. Perlahankan api dan masak hingga kuah agak pekat. Tutup api.

Sweet N Sour Egg

Semalam ummi x berapa ada mood nk masak, kepala rasa cam pening je (*org utara cakap, bingai..). Hubby keje, ummi balik dr rombongan ahad kul 12 mlm sampai rumah..malas je nk g kedai cari ikan ke, ayam ke..nampak telor banyak, so masak je kegemaran my youngest ni..dia balik sekolah terus hentam nasi 2 pinggan..

Bahan:-
4 biji telor - goreng mata kerbau
2 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil cuka
sedikit gula
sedikit garam
mix vege

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih, kacau sebentar dan masukkan cili kisar. Masak hingga naik minyak sikit, masukkan sos cili, sos tomato, cuka, garam dan gula. Kemudian masukkan telor tadi, balik-balikkan rata dan masukkan mix vege..masak sebentar. Tutup api.

Friday, February 22, 2008

Chili Pesto Chicken Pasta (Bow Tie Pasta)

Semalam ummi prepared simple dinner je..sebab bz ada tempahan triffle n muffin dari jiran nk bercuti ke Putrajaya..Resepi ni ummi cilok rmh Zaliana - Journal Rasa. Memang sedap...Za, thanx for sharing, really liked it!
Tapi beselah, kadang2 tak sempat nk posting, malam ni baru berkesempatan, sementara tunggu bersiap nak pergi rombongan dah ni. Sekejap lagi kul 10 mlm dah nak naik bas... Bye sume..ummi cuti-cuti Malaysia ke Kelantan dan Terengganu ek..Happy weekend to all, muaahhh!!
Bahan:-
375 gm bow tie pasta - rebus dan toskan (jangan sampai hancur, x cantik bow tie nnt)
3 batang sosej - potong 1.5 cm
200 gm sii ayam - potong kecil
2 tangkai cili merah - buang biji dan cincang halus
6 helai daun bawang - potong halus
3 ulas bawang merah - mayang
1 ulas bawang putih - mayang
2 biji tomato - (ummi guna ceri tomato)
1/4 cawan tomato puree
300 ml susu segar
sedikit keju parmesan
garam

Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan sosej dan isi ayam, kacau hingga masak. Masukkan separuh dari cili merah dan separuh daun bawang. Tambahkan tomato puree dan tomato. Kemudian masukkan garam dan susu segar. Kacau sekejap. Tutup api dan parutkan keju parmesan atas kuah tadi. Hidangkan bersama pasta tadi dan taburkan lebihan cili merah dan daun bawang. Selamat Mencuba!!

Potato Brownies

Semalam sempat try resepi dari geng blog indon - Pepy (Andaliman) - resepi yang mudah, x memenatkan..!! Yang penting, my hubby n kids suka sangat...rangup dengan rasa toasted walnuts n chashew nuts..Tk Pepy...

Bahan:-
100 gm cooking chocolate
175 gm butter
100 gm gula pasir
200 gm gula kastor/soft brown sugar
1 sudu teh esen vanila
4 biji telor saiz L
75 gm tepung serbaguna
1/2 sudu kecil baking powder
100 gm kentang - kupas dan cincang halus
100 gm cahshew nuts - toasted dan cincang
(*ummi guna 50gm cashew nuts + 50 gm walnut)


Cara Menyedia:-
Preheat oven pada suhu 180 C. Alas loyang 13 x 9 in dengan butter dan tabur sedikit tepung. Campurkan coklat masakan, butter dan gula pasir dalam bekas tahan panas - letakkan atas periuk yang mendidih dan kacau - double boiler. Kacau hingga sebati dan gula larut. Tutup api dan masukkan esen vanila dan gula kastor. Kacau sebati. Masukkan telor satu persatu. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak, kacau sebati. Masukkan sebahagian kentang dan sebahagian cashew nuts tadi. Kacau dan tuangkan ke dalam loyang tadi. Taburkan sebahagian lagi cashew nut atas adunan. Bakar selama 25 - 30 minit/hingga masak. Keluarkan dan biar sejuk, baru dipotong.

Wednesday, February 20, 2008

Sticky Barbecue Wings

Ni satu lagi resepi simple dan sedap dari Women's Weekly...ummi adjust sikit dengan bahan yang ada kat rumah..tgk resepi asal dia ek...eh! bukan tengok..buat ikut resepi asal kalu boleh..ummi dh balik lewat, malaiih nak ke kedai dah..ehhe...

Bahan:-
1 kg. chicken wings (*ummi guna segala isi ayam..hehe)
1/4 cawan sos barbecue
1/4 cawan sos plum (*ummi guna 2 sudu sos tomato + 4 sudu sos cili)
1 sudu besar sos worcestershire
sedikit garam
1/4 sudu serbuk lada hitam (*ni ummi tambah)

Cara Memasak:-
Campurkan sume bahan sos di dalam bekas. Masukkan ayam dan gaul balik dengan sos hingga meliputi seluruh ayam. (*ummi cucuk2 sikit ayam dengan garfu) Letakkan ayam di atas alluminium foil dan bakar (uncovered) selama 20 minit atau hingga ayam masak. (balik2kan ayam). Siap!!! Senangkan..

Sambal Udang Bersantan

Dah lama x makan sambal udang...my fmly favourite ni...tp yang ni lain sikit..taruk pati santan la pulak, sedap sikit kan...

Bahan:-
1/2 kg udang sederhana besar
15 tangkai cili kering - kisar
8 ulas bawang merah - kisar
1 ulas bawang putih - cincang/hiris halus
4 sudu besar gula
1 labu bawang besar - potong bulat
2 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan santan
garam
belacan (optional)

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu kekuningan. Masukkan cili dan bawang merah kisar. Kacau dan masak hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan gula. Masukkan udang, kacau sekejap. Masukkan santan, kacau rata dan perlahankan api. Masak hingga naik minyak kemerahan. Angkat.

Tuesday, February 19, 2008

Bolognese Pinwheel


Ni pun satu lagi resepi senang sangat..ikut je cara pada paket pastry puff...sebenarnya wat malam semalam untuk my kids bekal pagi tadi ke sekolah, potong kecik2 n letak dlm papercup...tp malam ni baru leh posting..aduhhh bz bangat! Bahan untuk inti tu ummi adjust je dengan caraku sendiri..caraku dan caranya berbeza...!! hehe.. (*nyanyi sikit)..


Bahan:-
2 keping pastry puff (ready-made)

Untuk Inti:-
500 gm daging kisar
1 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
1/4 cawan sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 biji cili merah - cincang halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam

Bahan Taburan:-
parutan keju
daun sup/daun bawang/parsley - hiris halus
1 biji telor - sapuan atas

Cara Memasak Inti:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Setelah kekuningan, masukkan daging, kacau rata. Masak hingga daging benar2 empuk. Masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga benar2 kering. Sejukkan.

Menyediakan Pinwheel:-
Ambil 1 keping pastry puff, letakkan inti, ratakan dan tinggalkan 2 cm bahagian atas. Taburkan daun sup/daun bawang/parsley dan parutan keju. Mulalah menggulung perlahan-lahan dengan memegang plastik yang sedia terlekat pada pastry puff. Gulung hingga habis dan gulungan akhir dibiarkan ke bawah. Alihkan ke dalam dulang yang telah dialas dengan baking sheet. Sapu dengan telor. Bakar selama 30 minit pada suhu 200 C atau hingga masak dan kuning keemasan.

Blueberry Scones


Dah 2 3 hari dah beli fresh blueberry cadang nk wat scones ni...resepi Martha Stewart, emm fast n ez..tu yang suka nk try tu...anak2 suka, ibu setuju!!! hahah...cam iklan tu..

Bahan:-
2 cawan tepung serbaguna
3 sudu besar gula kastor
(*tambahan lg sedikit (2 sudu besar) untuk taburan atas scone)
1 sudu besar baking powder
3/4 sudu kecil garam
6 sudu besar butter sejuk - potong kecil2
1 1/2 cawan fresh blueberries - basuh dan tos
1 sudu kecil kulit lemon - parut
1/3 cawan heavy cream (*ummi guna whipped cream je)
(*lebihkan sedikit lagi untuk sapuan atas scone)
2 biji telor saiz besar - pukul sikit

Cara Menyedia:-
Preheated oven 200 Celcius. Sediakan loyang yang telah diletak baking sheet. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung, 3 sudu besar gula, baking powder dan garam. Campurkan potongan kiub butter, blueberries dan parutan lemon. Dengan menggunakan whisk, adun cream dan telor. Buat bulatan dalam adunan kering tadi dan tuangkan campuran cream. Kacau perlahan hingga doh sebati (*jangan uli terlalu lama, akan menyebabkan scone kering dan keras).
Alihkan adunan ke permukaan yang telah ditabur dengan sedikit tepung dan uli sikit biar sebati. Kemudian canai perlahan menjadi saiz empat segi selebar 6" dan 1 1/4" tebal. Menggunakan pisau yang telah dilumur dengan tepung, potong doh selebar 3" segi empat. Kerat pula doh kepada dua menjadi bentuk tigasegi. Buat sampai habis. Alihkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Sapu bahagian atas scone dengan cream dan tabur gula. Bakar hingga kekuningan selama 20 - 25 minit. Sejukkan.

Sunday, February 17, 2008

Puding Cempedak

Taraaaa....seperti dijanjikan...ummi buat jugak puding cempedak ni, nak menghabiskan isinya. tu..dah ranum sikit, x sedap dah nk goreng kann...nnt resap minyak sangat...So resepi ni memang simple dari mak, dulu selalu buat kalu dapat cempedak...Tapi yang makannya ummi dengan hubby je...my kids prefer cempedak goreng. Tapi kepada sesiapa yang nk tau rasanya, memang sedap...Sukatan ni dapat satu loyang bulat 6" lebihkurang.

Maaflah kalu orng duk ober C sana yaa...nnt balik M'sia try buat yaa..bukan niatkuuuu.....xpalah, org duk M'sia ni pun bukan sume dapat mkan lagi ni..musim buah x setempat kot...ya ke Mat? Tempat ko ada x? Jangan jeles ek...

Bahan:-
1/2 cawan isi cempedak
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kastad
1 liter santan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
2 biji telor

Cara Membuat:-
Campurkan isi cempedak, gula kastor, santan, esen vanila dan telor dalam blender, blend sekejap agak sebati. Tuang dalam caserol dan masukkan kedua2 tepung. Kacau sebati dan rata. Letak periuk atas api perlahan. Kacau selalu sehingga adunan nampak berkilat dan meletup2. Tutup api dan tuang adunan ke dalam acuan kesukaan. Bekukan. (*basahkan dulu acuan/loyang sebelum tuang adunan) - Selamat Mencuba dan Merasa!!!

Nasi Tomato Arab

Hidangan tengahari ni ummi buat banyak sikit sebab nk antar ke rmh family adik...Ptg kitaorang pergi sana, celebrate besday my 2 nieces...alah saja suka2 sama kitaorang jek..Cedok resepi ni dari Saji dan sebahagian bahannya xda sukatan ummi adjust sendiri..Nasi ni rasanya agak masak sedikit sebab campuran susu dan lemon tu...kalu x suka, xyah letak lemon..

Bahan:-
4 cawan beras basmathi - rendam 10 minit dan toskan
Air rebusan daging (*ummi letak 4 cawan)
11 ulas bawang merah ( tumbuk )
6 ulas bawang putih ( tumbuk )
2 batang serai
Rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
3/4 cawan tomato puri
1/2 tin susu cair
1 biji lemon - perah ambil airnya
Minyak sapi Ghee
Daun pandan
Kismis
Tomato ceri - ummi letak tomato bese je..
Garam dan gula secukup rasa
Daun pudina
Daun ketumbar (*ummi xda ni)

Cara Memasak:-
Mula2 satukan susu cair dengan air perahan lemon. Jadikan susu masam. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing. Masukkan halia, serai, daun pandan dan rempah 4 sekawan. Biar layu dan naik bau. Tuang pula tomato puri. Masukkan beras, kacau rata. Masukkan air, susu masam, garam dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak seperti biasa. Bila sudah kering masukkan daun pudina, daun ketumbar dan kismis. (*dah snap gambar baru perasan, aku terlupa letak kismis dlm nasi emm..masuk dan gaul kemudian dlm rice cooker hehe..)

Ayam Masak Palembang

Haa, jom cari makan ke Palembang pulak...eh xda flight ke sana ek..xpa mai jenguk rmh ummi ada lauk Palembang sesat kat sini..hehe...Lauk lunch tengahari tadi..Resepi dr MR. Ummi buat half je dr resepi asal ni..

Bahan:-
1 ekor ayam - potong kecil
4 senduk nasi bawang besar (lbhkurang 1 cawan)
2 senduk nasi bawang putih (lbhkurang 1/2 cawan)
2 senduk nasi cili kering kisar (lbhkurang 3/4 cawan)
1 inci halia - kisar
1/2 kilo santan
5 batang serai - titik
6 tangkai daun kari
kicap pekat manis (ummi letak 1/2 cawan utk 1/2 ekor ayam)
sedikit garam

Cara Memasak:-
Perap ayam dengan halia dan bawang putih yang dikisar (*ummi perap 1/2 jam je). Tumiskan bawang besar dan cili kisar. Kacau biar sedikit garing dan naik bau. Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan kacau2 sekejap. Masukkan santan, kicap, serai dan daun kari. (*kicap hendaklah diseimbangkan rasa manis dan masinnya dan berwarna hitam pekat). Masak sampai ayam empuk dan angkat.

Acar Masam Manis

Ni saja try acar lain sikit dari yg bese ummi buat...tp simple gak..ok, quite nice!! I don't mind trying..heheh...as long as can eat..=D. Resepi dr majalah Saji..


Bahan:-
1 biji timun ( potong memanjang)
1 biji lobak merah ( potong memanjang)
3 labu bawang besar (kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
4 cm halia (kisar)
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
garam
1 sudu besar gula (*ni ummi tmbah)


Cara Memasak:-
Pijarkan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau2 hingga pecah minyak. Bila agak garing, masukkan cuka, gula dan garam. Akhir sekali, masukkan timun dan lobak. Masak seketika dan gaul rata. Siap..(*boleh juga taburkan biji sawi, ummi xda ni).

Triffle..With Various Flavour Base


Sebenarnya semalam ada jamuan sikit kat ofis, sendiri2 bawak, sendiri makan..hehe..so masing2 kena bawak jugak paling kurang 1 makanan...so ummi pn bz lak masak, ni je yang senang... buat 2 caserol..1 caserol besar bawak ke ofis, tuk rumah kena buat jugak, 1 caserol kecik sikit..anta sikit kat anak2 sedara malam tadi.
Resepi sama macam penah wat dulu...Cek kat title dessert tu ek..cuma kali ni ummi guna macam2 flavour swiss roll untuk base dia...pandan, cappucino, oren n coffee! Lagi sedap..

Bolognese Fried Rice

Ni lunch untuk my doter Najiha hari ni..dia x ikut pergi kenduri, so tinggal sorang kat rumah Ummi wat nasi goreng je kat dia..Ummi g kenduri ke Beserah rumah kwn Najwa bertiga je dengan Aiman..Hubby pun x balik lagi dari Muadzam...Ingat malas nak pergi, tapi Najwa beria bagitau mak kawan dia tu beria nak kenal Ummi..sian lak..pergi jugaklah..Resepi ni adik ummi kata dia selalu buat, dia suh try, sedap rupanya...


Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
1 labu bawang besar - dadu
4 ulas bawang putih - cincang
1 cawan daging kisar
1 cawan ayam - hiris halus
4 biji cili merah - kisar
1/2 batang lobak - hiris halus
200 gm kobis bunga
1/2 cawan cendawan hiris - rendam sebentar
2 sudu besar sos spaghetti/pasta pun boleh
3 batang daun pudina - hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu serbuk oregano
garam


Cara Memasak:-
Panaskan minyak tumis bawang, masukkan cili kisar. Kacau sebentar dan masukkan daging, Kacau dan tutup kuali sebentar. Bila daging hampir masak, masukkan ayam dan cendawan biar lama sikit agar cendawan benar2 masak. Masukkan sos, lobak dan kobis bunga. Masukkan nasi, serbuk oregano dan kacau rata. Letak garam dan kacau lagi. Tutup api dan masukkan daun pudina, kacau rata. Siap.

Potato Tortilla Lapis Tuna


Breakfast pg ni..simple n ez...Hubby xda pergi meeting ke Muadzam Shah...so ummi pn macam malazzz je nk masak hehe...

Bahan:-
1 tin tuna in tomato sauce
2 biji telor
1 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam
5 keping potato tortilla

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan tuna, kacau sebentar. Tolakkan ke tepi kuali dan pecahkan telor, kacau dan campurkan dengan tuna tadi. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan agak kering. Tutup api.
Letakkan tuna tadi di atas 1 keping tortilla, ratakan. Letakkan tortilla lagi atas tuna dan lapiskan tuna lagi. Buatlah berselang seli. Letak dalam pinggan dan kerat silang empat bahagian. (*ummi letak sekejap dalam oven sebelum dikerat...kasi suam sikit tortilla tu..)

Ayam Tumis Serai

Emm resepi Maklang...kalu pedas2 ni memang laku kat rumah ni... Thanx Maklang....

Bahan:-
1 ekor ayam - potong kecil, bersihakan
6 batang serai - titik hingga pecah
2 keping asam gelugur
1 sudu besar gula (*ummi tambah ni)
Garam dan kunyit

Bahan kisar:-
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering

Cara Memasak:-
Lumur ayam dengan garam dan kunyit, goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Tumis bahan kisar hingga agak garing. Masukkan ayam tadi bersama asam gelugor dan gula. Goreng hingga serai benar2 kering. (*tp ummi x kering sgt, nk lembab sikit)

Saturday, February 16, 2008

Kena Tag Lagik!!

Huhuuuu...sampai hati SL tag akak ni..panjaaaaannnnggnyaa..mana ada time nk jwb ni..kepala otak pun bingai je...letih bebenor...tp ku gagahkan juga menjawabnya..demi keinginan dari sahabat yang mungkin ingin mengenali akak dengan lebih lagi..demi silaturrahim kannn..

Macam jwb final semester exam lak...heheh...teringat 20 thn dulu.. =D

1. Name one person who made you laugh last night?
- My lovely niece - Aisya..my doters jeered her as Sharlinie (the missing girl)..they said, they want to take her to a police station..yeah, their face..looks alike..hehe

2. What were you doing at 0800?
- Normally start working at office on weekdays. But on weekends, of course i'll be at kitchen preparing for breakfast.

3.What were you doing 30 minutes ago?
- Cropped n edited pictures (my recipes eh!)

4. What happened to you in 2006?
- So many things...but the most i remember were:
(i) my day trip to Brunei during my office trip to Labuan for 3 days 2 nites.
(ii) Met with BUDIMAN gangs n gang up in many social acitivities and gathering - kenal Jun pun kat sini.

5. What was the last thing you said out loud?
- Aiman, cukup la tu, tutup internet, pergi solat cepat...!"

6. How many beverages did you have today?
- Till now I'm full already, morning - tortilla lapis tuna, makan kenduri n makan triffle..byk ek!

7. What color is your hairbrush?
- Black

8.What was the last thing you paid for?
- RM30.80 - i jez bought pudding cutter, muffin cup, tepung, loyang n gula kastor at Bake Mate ptg td on d way back from kenduri...hehe

9. Where were you last night?
- At my brother's house....hantar triffle kat my nieces.

10. What color is your front door?
- Solid wood - warna asal putih - baru tukar cat maroon..hubby la rajin sgt nk cat..hehe

11. Where do you keep your change?
- Dlm mgkuk kaca kat bedroom.

12. What's the weather like today?
- I like it, not so hot...windy n clear...hehe

13. What's the best ice-cream flavor?
- I always favour to an ice cream potong perisa kacang merah...murah pnya..hehe

14. What excites you?
- Weekends, after subuh can continue my sleep a bit more, normally I wake up at 5.30 am... huhuuuu. Also eager trying recipes..

15. Do you want to cut your hair?
- Just cut last 3 weeks!

16. Are you over the age of 25?
- Yeap, alhamdulillah....

17. Do you talk a lot?
- Depends on what topic n to whom i talk to..

18. Do you watch the O.C.?
- Never. I don't even know what time is the programme?

19. Do you know anyone named Steven?
- As far as i remember, no one...ntah!!

20. Do you make up your own words?
- O yea...

21. Are you a jealous person?
- A bit n depends..(x jealous langsung x normal lak kan..)

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
- Anum, my officemate - Account Asst.

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
- My closed fren since I was in Itm, Kudin...just paid a visit to his house when I was in KL last week..hehe...

24. Who's the first person on your received call list?
- Abang Chik - my brother

25. What does the last text message you received say?
- "tk lah akak bg triffle tu...sedap sgt dah rasa td..nnt nk tempah ek..." from my neighbour Nani.

26. Do you chew on your straw?
- Ish, x pasaiii aahh..

27. Do you have curly hair?
- Yeap!

28. Where's the next place you're going to?
- Pi tido lah japgi...mimpi best2 sikit cuti ni..heheh

29. Who's the rudest person in your life?
- Ntah, org gila lah kot...hehe

30. What was the last thing you ate?
- Rasa puding cempedak lepas kacau tadi, tuang dlm loyang...baki2 tu ku sental..panas2 hehe..

31. Will you get married in the future?
- To me, I would nvr find someone better than my hubby's patience n kindness, so helpful.... Xnak ckap besar coz nobody knows what will happen in future, isn't it?

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
- Xda, lama dh x tgk movie...kat tv pun leh tertido hehe..

33. Is there anyone you like right now?
- Besides my darling hb, of course all my good frenz here n everywhere...am I too serious?

34. When was the last time you did the dishes?
- At 8.45 pm tonight.

35. Are you currently depressed?
- Nop, enjoy answering all this funny questions..do u people really wanna know me?

36. Did you cry today?
- Takde pun...x sempat nk nangis lagi..heheh...kena pasang CD Sanggam dulu..

37. Why did you answer and post this?
- Coz i promised SL to answer this when I'm free...

38. Tag 5 people who would do this survey.
- No lah, i've been late answering, n i think it's too late to tag people out there...hello2, are u bz? Don't want? Ok...u're free..

Thursday, February 14, 2008

Surprise Gift From Prudential On Valentine's Day!!



Wah hari ni terkezuuut gak bila my family insurance agent came to my office and brought this 3 lovely n cute boxes...nice gift from Prudential...Actually last year I did fill in the form and took a life insurance for my 2 doters, Najwa n Najiha...after I paid for their education plan, so long..hehe!! Now dah besarkan..Harap2 bila dah kerja nanti, diaorang akan sambung je lah bayar...tapi untuk abang long n Aiman, for the time being hubby bayarkan under MAA...hehe..fair what!! Me?? Of course...., sapalah yang kaya nanti..hehe..
Aiman dulu2 lagi dah hentam chocolate tu...so cute..setiap chocolate tertulis nama bulan2 (from Jan - Dis) seperti dalam calendar. Ada sesiapa sana dapat jugak kot....senyap je makan chocolate sorang ek!!

Kerutub Daging

Dah lama nak buat kerutub daging, selalu x menjadi, kadang2 xda stok daging, kadang2 xda kerisik...hah, baru ni singgah kampung, mak bagi kerisik, fresh lagi baru siap buat...terima kasih banyak2 mak...love u so much!!!! Ummi buat half je dari resepi asal ni...sedap niii...

Bahan:-
1 kilo daging - potong kecil
100 gm serbuk kari (campur air)
1 biji kelapa (3 cawan santan pekat)
4 sudu besar kerisik
1/2 sudu besar gula (optional)
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 kuntuk bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
minyak

Bahan kisar:-
2 sudu besar biji ketumbar - goreng tanpa minyak dulu
1/2 sudu besar jintan manis - goreng tanpa minya dulu
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 cm halia
1 cm lengkuas

Cara Memasak:-
Gaul daging bersama bahan kisar dan masukkan air asam jawa. Perap seketika (lebihkurang 1/2 jam). Panaskan minyak, masukkan daging dan masak sebentar hingga agak kering air. Masukkan pula santan, rempah 4 sekawan dan serbuk kari dan serbuk kunyit. Gaul rata dan masak hingga daging lembut. Bila kuah telah pekat sedikit, masukkan kerisik dan garam. Masak lagi hingga keluar minyak/agak kering. Tutup api.

Ikan Masak Taucu

Resepi senang dan cepat ni ummi masak petang tadi....kena rush sebab lepas masak tuk dinner ummi nak wat triffle lak untuk jamuan ofis pagi esok...alahai...berapa jam la ummi nak kena duk kat dapur hari ni...huhuuuuu..Ni resepi sempoi ummi.

Bahan:-
2 keping ikan jemuduk (atau apa2 ikan)
1 labu bawang besar - dadu (potong bulat pun boleh)
2 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - hiris halus
3 sudu besar taucu
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar sos worcester
2 sudu besar air asam jawa
sedikit air
cili hijau/merah - belah

Cara Memasak:
Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng 2/3 masak. Ketepikan. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih. Kacau layu dan kekuningan. Masukkan cili kisar, kacau. Kemudian masukkan taucu, air asam jawa, sos dan kicap cair. Masukkan ikan dan balik2kan kejap. Masukkan air dan cili..Bila mendidih bolehlah diangkat. (tak perlu letak garam, taucu dah masin).

Wednesday, February 13, 2008

Cempedak Goreng - My Favourite!!


Baru ni balik dari KL ummi singgah rumah parent di Temerloh untuk solat maghrib...tup tup abah bagi tau ada cempedak baru bawak balik dari kebun..waaahhh, memang suka hati benor...ummi kalu menghadap cempedak goreng ni...x ingat doniaaaa...betulll!! Kalu orang lalu belakang memang ummi x nampak, lalu depan ummi tangkap duduk sekali join makan...hehe...Hari tu masa bawak balik, belum masak lagi..Hari ni, balik keje tolak pintu..eh ada bau..harum manis gitu..haaa, cempedak ku dah masak...Buahnya memang besar, tapi isi xdalah besor sangat, abah kata buah permulaan..ok laa..hehe..kena balik selalu ni..pasni leh wat puding cempedak lak, tunggu ek, lama dah x buat ni...

Cempedak goreng ni pun nak resepi gak ke...nah amik, alah bantaii je, tp memang rangup ni...buat minum petang tadi..licin dah pun..
Bahan:-
Buah cempedak - keluarkan isi, ikut berapa byk eh
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar air kapur
1 biji telor
3/4 cawan air (agak2 le, jgn cair, jgn pekat ledot lak)
sedikit serbuk kunyit
garam
minyak yg byk

Hah, apa lagi..gaul sume kasi rata dan sebati....celupkan buah cempedak tu, gorenglah...dah kuning angkatlah...pastu makanlaahhh....jangan perut angin dah..hehe..

Marbled Fresh Cherry Cake - Yochana


Ni resepi dari rakan blog jugak, x ingat lah pulak, Kak B rasanya...resepi asal guna blueberry, tapi ummi saja guna fresh cherry, blueberry pun ada...saja je...emmm sedap, buatpun x susah..nak rajin je..hehe..Meh tengok resepi asal dia ek.

Bahan:-
200 gm fresh blueberries (ummi ganti Australi fresh cherries)
20 gm gula pasir
2 biji telor
1/2 sudu kecil esen vanila
125 gm butter
170 gm tepung naik sendiri - ayak
125 gm gula kastor
2 sudu besar soft brown sugar (ummi x letak pun, dh cukup manis)

Cara Membuat:-
Campurkan 20 gm gula pasir dengan fresh blueberries dalam sauce pan dan kacau perlahan di atas api sederhana selama lebihkurang 2 - 3 minit hingga keluar air jusnya. Tutup api dan kacau sebentar perlahan-lahan, biarkan sejuk.

Dalam mangkuk, pukul telor dan masukkan esen vanila dan butter. Pukul sebati. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung bersama gula dan buat lubang di tengah, tuangkan adunan telor tadi dan kacau sebati perlahan-lahan. Keluarkan 3/4 atau 1 cawan adunan dan masukkan blueberries tadi, kacau agak rata, jangan lama. Lebihan adunan dibiarkan plain. Sediakan loyang bulat 8" atau 9" yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Sudukan adunan plain di tengah-tengah loyang, kemudian sudukan pula adunan yang mengandungi blueberries pula, dan buatlah berselang-seli hingga habis. Taburkan brown sugar tadi dan bakar pada suhu 180C selama 40 - 45 minit/hingga masak. (depends on oven).

Peace Palestine Tag From Dayang

Ini pulak antara tag distributed by Dayang, toke kek lapis sarawak kita...Ya lah, bila tengok tag ni rasanya kita bertuah kerana Malaysia aman damai dan harmoni...negara maju...Memang dah tertulis agaknya, Palestine bumi ujian Allah untuk umatnya....emmm

Tagged By Kak E

Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.
Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.
Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.
Learn from the mistakes of others
You can’t live long enough to make them all yourself.
Friends, you and me…
You brought another friend…
And then there were 3…
We started our group…
Our circle of friends…
And like that circle…
There is no beginning or end…
Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.

So now, let’s see how many circle’s of friends we can make by simply adding your link on this Friendship Meme!

1-Catsy Carpe Diem, 2- Catsy Downloads, 3-Out of the Blue, 4- A Day to Savor and Relish 5- A Piece of Idea 6- Write Shy 7- Stupid Wise 8- onlinememorylane 9- See Me For What You Will 10- Michelle’s Small World 11. Chez Francine 12. Cronaca13. Le bric à brac de Cherie 14- Life 15- Hanna 16-AngrianiWorld 17- http://umi-e.blogspot.com 18. http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com. 19. - (letak link di sini dan seterusnya eekkk)

*** pssttt....Sorrilah kak e, lambat sikit ambik...bz terlampau...hehe..thanx a lot...!! rasanya x perlu lah ummi proceed on this tag coz i saw many of u got this already...hehe...

Monday, February 11, 2008

Very Lemon Cakes


Petang tadi abang long balik semula ke Kolej, so xtau apa nak bekal dah kat dia ni...Tgk dlm fridge pun ada lebihan lemon curd ari tu..so I baked this Very Lemon Cakes....very nice, so soft!! Actually I just bought a few Women's Weekly recipe books at MPH, Great Eastern Mall, Ampang...it cost me RM***.00..huhuuuu...Fortunately, this one has turned out well!!

Bahan:-
150 gm butter - suhu bilik
1/2 cawan gula castor
1 cawan lemon curd (*boleh lihat resepi terdahulu)
1 sudu teh parutan kulit lemon
3 biji telor
1 cawan tepung serbaguna )
3 sudu teh baking powder ) * ayak bersama
1/2 cawan tepung kastad )
1/2 cawan gula kiub - hancurkan
1/4 cwan lemon juice

Cara Membuat:-
Preheat oven pada suhu 180 C. Pukul butter, gula, lemon curd dan parutan kulit lemon bersama dengan menggunakan senduk kayu hingga sebati. Masukkan telor ke dalam adunan tadi dan kacau rata. Masukkan tepung, tepung kastad dan baking powder dan kacau sebati. Sendukkan adunan hingga separuh acuan ke dalam muffin cupcake atau loyang kek. Taburkan gula kiub yang telah dihancurkan. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga cake kekuningan. Keluarkan dan tuang pula lemon juice ke atas setiap cupcake dan bakar lagi selama lebihkurang 4 - 5 minit. Sejukkan atas redai.

Spaghetti With Heinz Cream Of Tomato Soup

Semalam balik dari KL dah tengahmalam sampai Kuantan...letihnya lee...Hari ni pun cam malazz je nak berenyah masak, so buat yang senang dan ini my family's favourite..resepi berzaman dah ummi selalu buat, especially kalu open house tuk member2 ofis ummi x miss buat ni..tapi kali hari ni lambat sikit start masak, xdan dah buat bawang goreng, dh lewat sangat dah..hehe..Nak tau sedap ke x, try lah ek..

Bahan:-
500 gm spaghetti - rebus dan toskan.
500 gm daging lembu kisar
3 biji kentang - kupas, rebus dan kisar bersama airnya.
1 labu bawang besar - dadu
5 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar cili kisar
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
2 tin Heinz cream soup of Tomato (*yg ni paling sedap, tp boleh tukar Kimball/lain)
4 cawan air
1 batang carrot - potong bulat
400 gm bunga kobis - potong kecil
1 biji green capsicum - dadu
1 tin cendawan butang - belah
(* ummi xda stok, guna hirisan cendawan kering - rendam)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh gula (optional)
garam
sedikit minyak untuk tumis

Bahan sampingan:-
Salad - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Daun sup dan bawang - hiris halus
Cili merah - hiris halus
Telor rebus - belah 2
Bawang goreng

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging benar2 masak. Masukkan sos cili, sos tomato dan kentang kisar. Kacau mesra dengan daging. Masukkan cream soup of tomato dan air. Bila mendidih, masukkan semua sayuran dan garam. (*boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat).

Cara Hidangan :-
Letak spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan2 sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba..!!!

Ayam Kalasan Goreng Pedas


Resepi ni ummi buat masa berkunjung ke rumah adik di Gombak baru2 ni...dah dia suruh ummi masak, sebab dia bz dengan baby...alamak! datang jauh2 kena masak gak..xpalah, diaorang dah lama tak merasa air tangan ummi katanya...hehe. So ni antara resepi dinner masa ummi baru sampai Gombak khamis lepas...

Bahan:-
1 kg. paha ayam (kalu suka, buang tulang)
2 1/2 cm halia - kisar
3 batang serai - kisar
200 gm bawang merah - kisar
60 gm bawang putih - kisar
1 liter santan
40 gm cili boh (*ummi guna cili kering)
10 gm serbuk kunyit
20 gm gula
garam secukup rasa
1 cawan kelapa parut

Cara Memasak:-
Rebus ayam bersama bahan kisar, kelapa parut dan santan atas api perlahan hingga ayam lembut. Tambah gula, garam dan masak lagi. Bila mendidih dan agak pekat, asingkan ayam dari kuahnya. Goreng ayam yang telah diasingkan selama 5 minit dan angkat bila kekuningan. Teruskan masak kuah hingga naik minyak dan benar2 pekat dan tuang ke atas ayam. (*ummi adjust sikit, ambil kuah pekat tadi dan goreng ke dalam minyak ayam sebentar biar berserbuk dan berkerak dan gaul dengan ayam tadi.)

Award dari Kak E



Sorry lah kak e, lambat ambil award tu, maklum cuti lama...terima kasih daun keladi, kalu sudi leh bagi lagi...hehe...Atas ingatan ikhlas kak e, ummi sanjung tinggi...makin terasa kak e di hati tau..salam sayang...muaaahhhh!! Dan di kesempatan ini ummi juga ingin memanjangkan penghargaan award ini kepada mereka yang x pernah jemu berkunjung ke rumah ummi ni, janganlah segan ya...ambil lah award ni sebagai penghargaan, tak perlulah disenaraikan ya...ramai, all of u!!! muaahhh!!

Tuesday, February 5, 2008

You Have My Heart Award Dari Jie

Hati rasa suka ada, sebak pun ada, bila ingatan dari sahabat alam maya yang baru ummi kenal dah terasa intimnyaa...award demi award dihulur...xkan sanggup nak menolaknya..sebagai tanda ingatan sahabat2 sume...ummi terima dengan rendah diri..Kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, berbaik sangka itulah yang sebaiknya...Terima kasih lah dari tuan punya award Hati ni, Jie....muaaahhh!! Umpama, dia sanggup berikan hatinya untuk diselami oleh sume sahabat agar lebih mengenali dan silaturrahim berpanjangan. Jie, akan ku selami apa yang ada dalam hatimu..(*nak operate hati Jie ni..)

Juga kepada yang sanggup berkongsi pula award ni kepada Ummi iaitu Nita pun...thanx a lot...

Sekarang ni, Ummi nak berkongsi semula award ni kepada orang yang sentiasa berada di hati Ummi selain tuannya sendiri Jie, biar pun berderet, tp itulah kata hati ummi, iaitu :-

(1) Jun (wanita pertama ummi kenal di sini)
(2) CMG
(3) Kak E
(4) Kakmon
(5) Kakpah
(6) Princessharyati
(7) Sweetlily
(8) Cikwan
(9) Mamafami
(10) Zaliana
(11) Noreen
(12) Joayee
(13) Ujen
(14) Rozie n Zaighta, dan semua yang lalu di rumah ummi ni..ramai ke?
Nak bagi gak! Ambil ya.. =D

Monday, February 4, 2008

Crispy Fish With Apricot Sauce

Malam ni ummi x sempat nk masak byk pun..ada tetamu lak datang..ni jelah yang sempat ummi masak dengan sayur. Dah lama simpan resepi ni..selalu lupa nk beli oat..resepi ni cedok dari rumah our Sifu, CMG laa...resepi asal oleh Chef terkenal Norzailina @ Kak Lina @ Ho Ah Lin..hehe..tq Mat...seeeeedap sgt...crispy n cukup sedap sosnya...dan yang penting 1 fmly suka...licin kena ratah..hiks!! O satu lagi Mat, sori byk2 lah ummi copy aje resepimu itu..pjg sangat lah Mat..boleh ya Mat...

Bahan Utama:-
1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri
1 biji telur, dikacau sedikit
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
3/4 cawan tepung beras*
1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
1 1/2 cawan quaker oat
Minyak utk goreng terendam

Bahan Sos:-
2 camca besar jem apricot
2 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili
1 camca teh cuka
1 inci halia - dititik
3 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 cawan air2 camca besar kicap cair
3 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula (jika perlu)

Bahan Lain:-
1 biji bawang besar, potong bulat
1 batang leek, dihiris serong
1/2 biji green capsicum, didadu

Cara membuatnya:-
PENYEDIAAN IKAN:-Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan kan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga rasa. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
UNTUK SOS:- Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga terbit minyak. Masukkan sos cili, jem apricot dan kicap cair. Gaul rata dan masak sebentar. Tuang air dan masukkan cuka, bila mendidih masukkan semua sayur2an, masak hingga sos menjadi pekat sedikit. Rasa dan jika perlu boleh tambah garam dan gula. Matikan api.
UNTUK CRISPY FISH AND APRICOT SAUCE:- Alih ikan tadi ke dalam pinggan hidang yang sesuai, boleh dialas dgn daun salad jika suka. Kemudian ceduk sos apricot tadi atas ikan bersama sayur2an. Ratakan dan hias ikut suka. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 yang lain....

Red Velvet Cake

Lama gak dah x buat kek...so ptg tadi sempat le mengadun kek ni..nampak sedap je dengan warna merah hati..ooo yaa..namapun Red Velvet cake...cedok dari rumah Jeni ni..tapi memang gebu dan mengancam..first time wat kek guna cuka camni...xtau lak! Tapi ummi x buat pun topping jez (x sempat lee..) tabur je icing sugar...

Bahan:-
1 cawan butter - suhu bilik
3 cawan gula putih
6 biji telor (*ummi guna size A)
1 oz (*ummi guna 2 sudu besar) pewarna merah
3 sudu makan serbuk koko
3 cawan tepung serbaguna
1 cawan buttermilk
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu makan cuka (*white vinegar)

Topping:-
1 paket (8 oz) cream cheese
12 oz white chocolate
1 cawan butter - lembutkan

Cara Menyediakan:-
Preheat oven pada suhu 165 C. Griskan loyang 8 x 8 x 3. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula hingga berkrim. Tambah telor satu persatu dan pukul sebati setiap kali telor dimasukkan. Campurkan pewarna dan serbuk koko, kacau sebati. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau. Masukkan tepung secara berperingkat dengan buttermilk. Kacau sebati. Masukkan esen vanila dan garam. Dalam cawan campurkan baking powder dan cuka, kacau dan tuangkan ke dalam adunan. Kacau rata (jangan over mix). Tuangkan ke dalam loyang. (*ummi dapat 1 loyang 8x8x3 in dan 1 loyang 3x5 in.) Bakar pada suhu 165 C selama 20 - 25 minit/hingga masak.

Untuk topping:- Cairkan white chocolate dan biarkan suam. Dalam bekas lain, pukul cream cheese hingga ringan dan gebu, masukkan white chocolate dengan butter dan pukul hingga lembut. Kemudian bolehlah dihias atas kek.

2nd Award - Friendly Site Award dari CMG

Waahh!!...what a lucky day!...Masuk dapur pagi-pagi tadi ada note suh amik barang...igtkan pizza hut ke, hehe.., rupanya award lagi...caaannnntiik sangat... A billion thanx to Mat Gebu for remembering me...cannot say much more than this!! To me, you're such a good Sifu...really! =D.. I just love it!!!!
I wanna share this award and also give it to Zaliana, Pu3 Yat, Kakpah, Noreen, Sweetlily, Budin, Jie, Del, Titi, DrHannan, n DrEzura..

Sunday, February 3, 2008

Rainbow Marble Pudding

Saja lah try resepi Maklang ni..tengok macam sedap je, selain nampak cantik gitu...my kids suka..agaknya dia tengok pelangi tu satu attraction kot..

Bahan:-
1 paket agar2 serbuk (13 gm)
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm butter
4 biji telor saiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation (*ummi guna Ideal Nestle)
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah dan kuning

Cara Memasak:-
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.

Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas, tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..

Sotong Sumbat Berempah

Salah satu menu hari ni, dah lama nak buat, selalu xdpt sotong segar dan sederhana besar...ari ni dapat sotong elok2...sweet 17 gitu.., so leh le try resepi ni ummi jumpa rumah Jeni ari tu, resepi asal oleh Celebrity Chef Norzailina, masakan utara ni...

Bahan:-
600 gm sotong - basuh bersih (x perlu kerat)
500 ml air
4 biji telor
2 biji bawang besar - cincang halus
1 biji cili hijau - cincang halus
1 biji cili merah - cincang halus
1 biji bawang besar - hiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan (*ummi guna kari daging/ayam)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili kisar
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
garam

*Menurut Jeni, dia letak 1 sudu besar yogurt, ummi x letak pun..
Cara Memasak:-
Pukul telor bersama separuh dari bawang cincang, cili hijau, cili merah dan garam hingga sebati. Panaskan 1 sudu makan minyak dan masukkan adunan telor dan kacau hingga hancur. Bila telah berketul sikit, angkat dan sejukkan.
Sumbatkan telor ke dalam sotong dan sematkan dikepalanya dengan lidi. Ketepikan. Buat sampai habis. Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan baki bawang cincang dan masukkan baki cili hidup, kacau hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau biar garing. Masukkan air dan biarkan kuah agak pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula. Akhir sekali masukkan pula sotong sumbat tadi. Balikkan sekali sekala dan biarkan sotong benar2 masak dan kuah pekat. Kemudian masukkan bawang hiris, biar sedikit layu. Tutup api.