Monday, June 28, 2010

Bun Gula Merah

Salam semua, apa khabar? Sori akak ni tengah malazzz dan kepenatan betul nak update...dah la, tenet lembab giler ni, pastu bertambah geram pulak tetiba je komputer meragam dah xleh nak on pulak...Ni pinjam lappy abanglong kejap...apa pasal ntah, harus kena virus dah tu...sebelum bercuti ke KL baru ni ada la akak masukkan gambar guna dgcam lama akak tu...mmg beberapa kali gak keluar warning virus tuh...tp masa tu ok lgk....ni aleh-aleh terus pitam pulak...aiihhh...kena hantar kat kawan ofis pun lusa baru dia ada....emmmm..."selamat" dah la nampaknya...kena re-format la tuuu...adeeehh...tengoklah gambar2 akak ni, xleh nk letak watermark akak yang duk tersimpan dalam komputer tu, ni main tulis guna Photoshope jek...terkial2 jgk laaa...heheee...sabauuuu je akak....meh la layan entry tertunda sebenarnya....dah xda pun sebab akak buat dan bekalkan kat Najiha yang baru mendaftar masuk Uitm Shah Alam pada hari Ahad semalam....Resepi roti sedap ni dari dapur Ros Jintan Manis yang terror meroti tuh...Tapi roti akak ni x secantik Ros laaa...ada alteration sikit sebab rasanya rabun mata sukat air kot...tengok2 terlembik sikit, akak tambah tepung n uli sikit lg masa keluarkan dari BM tuh..hahaaa...tp still maintain gebuss dan sedap...apapun, thanks kat Ros, memang sedap dicicah dengan kopi O panas2...

Ros, tumpang copy n paste je resepi Ros kat sini yea...terima kasih adinda ku cayanggg..muah, muaahhh! Akak wat dua kali ganda adunan ni...hehee

BUN GULA MERAH
Resepi : Ros Jintan Manis

Bahan:-

180gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar skim milk@susu tepung
3-4 sudu besar gula merah
100ml susu segar suam@boleh ganti dengan air suam
40gram butter
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis
50 ml air
1/3 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)

Bahan sampingan:-
1/3 cawan kismis hitam (*akak x letak pun)

Cara-caranya ( ULI TANGAN):-

1. Mula-mula masakkan gula merah bersama 50ml air didalam periuk dan kacau sehingga gula merah larut, ketepikan dan sejukkan sebentar.

2. Selepas itu, masukkan bancuhan gula merah dan semua bahan doh dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli selama 5 hingga 8 minit.

3. Setelah adunan menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan beberapa minit, anda akan dapat doh yang elastik.

4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di campur dengan kismis hitam dan uli sebati.

5. Bahagi kedua-dua doh pada 9 bahagian bun kecil dan susun di dalam acuan petak 18cm, pastikan acuan petak di lenser dahulu dengan butter atau marjerin, biarkan doh naik dua kali ganda dan gilss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu segar+beberapa titikmadu.

KAEDAH LAIN ( menggunakan Bread Maker)

- Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam dalam BM dan pilih menu Dough dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli, kemudian keluarkan doh dan bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan kismis hitam. Boleh terus bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda.

5. Akhir sekali bakar pada suhu 170-180darjah selama 20 hingga 23 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas atau boleh juga disejukkan dahulu atas redai. Selamat Mencuba.

3 comments:

ijayuji said...

Salam kak ummi! dtg pagi2 buta ni nak curik loti akak tu seketul td dah ambik muffin umah along dgn kak lenda ni nak bwk balik roti pulak tau! macehhh! :D

maz said...

kakkkk...dah tngal skit je mkcik cpon kak tu...tart pun dah nk hbis..hehe..tkpe la kak ye apo nk buat..hehe...smua dah stle ye kak...pasni kerap la duk jejln kl tu...kita pun dah kluar umah jgk ni..nk bwa Ma shping bju raya...

~*as*~ said...

salam kak Umi.. wamboiii... nampak akak meroti buat ku gian la nak meroti.. terguda..terguda...