Monday, June 22, 2009

Keletah Haneef Aidid - Anak Saudara Dari Gombak

Baru-baru ni adik akak Saniyah yang duk di Gombak tu datang ke Kuantan bercuti dari Jumaat hingga Ahad baru balik...so akak pun x sempat la nak letak entry or online. Kalau akak pergi KL, di rumah adik akak yang nombor 4 ni lah akak lepak, pastu dia bawak jalan2 cuci mata kat Jalan TAR laa....hehe...tapi bila dia datang akak ajak lepak kat pantai laa...Lepas pekena bekfes kat Restoran Selera Kampung pagi Sabtu tu, kitaorang jalan-jalan la kejap..antaranya cuci mata di Pantai Teluk Chempedak...akak sendiri pun dah lama x kemari..hehe..nama je duk Kuantan..bukan apa, kalau weekend memang ramai kat sini, terutama sebelah petang..Ni kitaorg datang dalam pukul 10 pagi camtu...aman sikit...
Tengoklah orang Gombak jumpa air laut...hehe..Aidid memang excited bila tengok ombak tu memukul pantai dan air laut mencecah kakinya...so layaaannnn...

Adik akak dan suami melayan keletah Aidid ni..dia ni memang x menang tangan kaki kita kalau nak layan...Aidid, cheeeezzzz..

Sonok eh, tengok air laut tu...Aidid x mahu dipegang oleh abahnya...marah2 dia mintak dilepas tangan..hehe

Emmm..cakap apa tu??? Nak apa lah agaknyaa....

No comments: