Tuesday, June 23, 2009

Butter Prawn (Resepi II)

Ni masakan weekend baru ni masa adik akak datang..Akak masak kari ayam (lupa nk snap gambar laa..) macam biasa2 tu laa..Hubby beli udang suruh masak goreng2 je...so akak buat butter prawn...Kali ni akak ceduk dari dapur Nor tu, resepi asal oleh Nita ...terliur je tengok Nor tayang butter prawn nih! Nor, akak nk kopipes je ya...mintak halal and thanks...
Bahan:-
  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
Cara-Cara:-
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah masak,ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu.
  4. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  5. Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  6. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2.
  7. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
Tips:-
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah sikit lg putih telur.
# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia..

4 comments:

ain said...

sedap kan!!

K.Nor said...

k.ummi.. nita ek tuan asal, nor ingatkan noreen.. hehe ampun ya nita, k.nor dah edit kat blog k.nor.. k.ummi thanks ya..

ummi said...

Ain - yo laaaa..memang sedap..licin kena ratah gak..

Nor - Aah akak browse kat nama Noreen, tp kuar blog Nita..it's ok..Time kasih jgk to Nor n Nita..hehe

monasrie said...

Salam...

GD dah try udang ni... dan GD kopipes dlm blog GD yer.. rasa memang marbelesss tapi sarang tetap x jadi..
http://monasrie.blogspot.com/2013/01/udang-goreng-mentega-butter-prawn.html